Tuesday, December 20, 2011

::kata.rawak.07::

Belajar untuk melepaskan itu bukan sesuatu yang mudah...lagi pulak kalau sayang yang sungguh-sungguh sayang..

Sebab tu agaknya orang-orang tua pesan, 'kalau sayang tu biar berpada-pada...'

Friday, December 9, 2011

::k.o.m.u.n.i.k.a.s.i::

Komunikasi adalah kayu pengukur bagi kejayaan setiap hubungan.. Tak kira hubungan kawan, pasangan kekasih, kawan pejabat, kawan main bola, kawan chatting, adik-beradik mahu pun ibu bapa.. Malah hubungan dengan Yang Satu juga menuntut komunikasi yang baik..

Tak perlu dijelaskan bagaimana komunikasi harus dilakukan..tapi apa yang perlu ditegaskan adalah apa maksud komunikasi yang sebenar..

Komunikasi adalah interaksi dua hala tak kira sama ada melalui percakapan,penulisan dan bahasa tubuh.. Lebih mudah untuk jelaskan komunikasi sesama manusia berbanding komunikasi dengan Maha Pencipta.. Kenapa? Sebab komunikasi dengan Tuhan memerlukan keyakinan atau iman.. *wallahualam*

Wednesday, December 7, 2011

::kata.rawak.06::

berkali-kali aku sedar..
namun berkali-kali juga aku abaikan..

dan malam tadi..
betul-betul menguji kesabaran dan keperibadian aku..
lalu menjadikan aku lebih berani..

aku harap keberanian ini akan berterusan..
terus kuat..
Ya Tuhan, bantulah aku..

Thursday, October 27, 2011

::kata.rawak.06::

alhamdulillah...
cinta itu semakin hilang dari hati..
namun rasa tanggungjawab itu masih kuat..


semoga akan terus kuat..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sehingga tiba 'saat' itu..
amin

Wednesday, August 31, 2011

::kata.rawak.06::

ya, sepanjang hari aku menunggu..
aku tunggu sms dari dia..
namun, hatiku hampa..
seolah-olah ternyata..
aku hanya ada bila perlu saja..

::1 Syawal 2011::

seperti biasa, raya tahun ni tiada banyak perubahan dari
tahun-tahun yang lepas..
malah tahun ni lebih sunyi di pagi raya
memandangkan kakak dan abang hanya akan pulang
pada hari raya ketiga..
dan kesunyian itu diisi dengan seribu satu perasaan..

namun, aidilfitri tetap disambut meriah di rumah
walaupun cuma ada aku, ibu, ayah dan maktok..
rezeki kami dimurahkan lagi dengan juadah
yang diberikan oleh jiran-jiran..

mungkin esok akan menziarah pusara arwah tokwan pula..
insyaallah, lagi dua hari akan lebih meriah rumah ni..


selamat hari raya!

Friday, August 12, 2011

::kata.rawak.05::

penatlah... sampai bila kita nak macam ni?

Thursday, August 11, 2011

::kata.rawak.04::

kadang-kadang terasa macam kene buat keputusan ala reality tv, The Bachelorette pulak..
.
.
.
.
.
aci tak?

::kata.rawak.03::

Jiwa yang kehilangan rasa... ::Kosong.None.Zero.Nil:: adakah aku semakin jauh dari paksi diri?

Wednesday, July 27, 2011

::kata.rawak.02::

kalau nk give up... boleh tak?
penatlah!~

Thursday, July 21, 2011

::kata.rawak.01::

tolonglah berhenti mengalir.. tiap-tiap kali teringat tentang itu..

Wednesday, May 4, 2011

::Harga Wanita::


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."



"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."




~aku perempuan,gadis dan wanita~

Monday, March 28, 2011

::takde sivik::

smlm gi mkn kat kedai makan area bangi..
macam biasa, amek port kat luar..
sebab berangin sket...
okeh, bukannye nak citer pasal kedai tu sedap ke tak..
tapi nk citer tentang orang kita yang semakin kurang nilai budi bahasa..
dengan kata lain, takde sivik..!

masa kitorang *aku dan inchek DSA* tengah sedap2 makan nasi putih+tomyam+sotong goreng tepung+baby kailan masak ikan masin *yummmeeehh!!~*,
sebelah meja kitorang masa tu ada dua org perempuab yang tengah sibuk berborak kosong *agaknyelar* sambil minum air nescafe ais *rasanya lar.. sebab nampak air tu kaler hitam je*..
tak lama lepas tu datang sorang lelaki kat meja diorang..
masa tu meja diorang ada 3 kerusi je.. so dia pun duduklah situ..
then lebih kurang 10 minit macam tu, datang lagi dua orang kawan diorg...
sorang tu perempuan and sorang lagi tu macam nak perempuan tapi macam tak *nyah rasanye*..
sampai2 je diorang macam mencangak2 berdiri mencari kerusi...
aku pulak masa tu macam buat tak tahu je lar.. sbb meja depan diorang tu pun ada kerusi extra..
tiba-tiba je, zaaappppp!!!..

dua kerusi depan kitorang dah hilang selamat di ambil seorang setengah perempuan tu.. *setengah tu sebab yg sorang tu nyah*
dahlar amek kerusi tu tanpa sepatah haram pun kuar dari mulut, lepas tu main duduk b***h je block view kitorang tgk tv...
rasa macam nak bangun bagi penampar kan??

apelah salahnya kalau kau cakap elok2 sekadar berbahasa bagitahu nak amek kerusi tu..
memanglar betul kerusi tu bukan kitorang punya,
tp mak ayah tak ajar ke untuk jadi berbudi bahasa..??
cikgu kat sekolah tak ajar ke..?? ke dulu korang tak sekolah??
*hailaa*

agak-agak kalau aku bangun then bagi penampar sorang satu kat korang lepas tu aku blahh je..
marah tak??
manusia sekrang memang dah takde sivik agaknye..



*esok ada interview kt AZRB.. harap2 boleh dapat... insyaAllah*

::Bound to You::


*dear, i'm so into you*

Friday, March 25, 2011

::suami.isteri::

hokey, kali ni tak mahu lagi story about ::jiwa.gila::...
mari buka topik yang lebih serius..

dua tiga hari lepas ada berborak dengan seseorang..
mula-mula berborak kosong je but then tiba-tiba jadi serius pulak biler terbukak cerita
pasal lelaki..

perasan tak korang ada sesetengah lelaki jenis yang suka tolong wife or mak kat umah buat keje rumah... siap tak payah disuruh-suruh... tahu je nak amik kain baju basuh sendiri, lipat then kemas bilik suma bagai..
ada pulak sesetengah yang malas nak mampus sampai baju tak berbasuh
dengan habuk dalam bilik boleh kumpul bukak kedai bundle pun diorang
boleh buat x kesah jer...[okeh, metafora terlampau]
yang kelakarnya, kalo yang si pemalas nie, selalunya taknak mengalah je depan awek
or kawan-kawan..
mesti nak nampak paling hensem dan paling smart..
padahal kat umah bilik macam tongkang pecah sampai kalau kucing beranak pinak siap bercucu pun tak perasan.. [hokeh, metafora terlampau lagi]
dan lagi sakit hati bila mak atau kakak suruh mintak tolong angkat baju yang jemur pun dah bising bagai nak rak..
padahal baju yang disuruh angkat tu baju kau sendiri jugak kan...
pelikkan kenapa seorang lelaki boleh macam tu..??
adakah sebab diorang memang pemalas tahap dewa kelapan belas? ataupun
diorang ni ada ego yang buatkan diorang rasa kerja-kerja rumah tu semua kerja perempuan je..
sama jugak kes kalau lelaki tu dah berkahwin..
apalah salahnya kalau kau tolong wife ko kemas dapur lepas dia dah penat memasak...
tak pun kau tolong sapu sampah kat luar sementara wife kau tolong sapu kat dalam umah..
atau kau tolong angkat je kain2 yang dah kering kat luar tu biler wife kau dah tolong basuhkan dan lipatkan..
bukannya susah sangat kan?
nak2 lagi kalu kau seorang suami yang banyak masa kat rumah and wife kau yang keluar bekerja...
kenapa nak mempertikaikan kerja-kerja rumah tu semua kerja perempuan semata-mata kau rasa ego kau cukup tinggi yang lelaki tak perlu buat kerja-kerja tu..
masa bercinta dulu boleh pulak lelaki2 ni berjanji akan sentiasa ada disamping si isteri di saat susah dan senang.. konon2 biarlah bersama-sama...
then bila usia perkahwinan dah masuk 2 3 tahun kau dah mula rasa tanggungjawab kau hanya
bagi duit nafkah tiap-tiap hujung bulan je?
itu pun kalau kau ada bagilah kann.. [ooopps teremosi pulak]
hmm.. apa nak jadi lelaki zaman sekarang..

dan pada si isteri pula, janganlah kau amek kesempatan pada si suami..
mentang-mentanglah kau bekerja di syarikat besar, bergaji dan berpangkat besar,
janganlah tinggi diri...
kena ingat yang kau masih seorang isteri...
di mana tempatnya disisi suami..
sampai bila nak kejarkan kerja yang tak pernah habis..
bak kata kawan baik dalam blognya,
kejar duit, kejar pangkat, kejar nama
sampai terlupa jalan nak balik ke rumah sendiri, lupa kawan baik sendiri
and even worse lupa makna keluarga dalam hidup sendiri..
tak mahulah sampai macam tu sekali..
dan memang tak dinafikan institusi perkahwinan di zaman serba canggih sekarang
lebih mudah tergugat..
isteri sibuk dengan email dan mesej dari kawan-kawan mahupun rakan pejabat...
si suami pula sibuk dengan ipad mahupun iphone main game atau menguruskan kerja..
dah tu, mana masa yang sepatutnya dihabiskan bersama..
sampaikan bila si isteri ada masalah seperti kereta rosak ke ape,
suami bukan sumber utama yang dicari.. tapi-kawan-kawan yang diutamakan..
sebab apa?
sebab isteri dah rasa macam suami tu ada ke takde pun sama je..
bila kat rumah pun suami buat tak tahu je.. harapkan tolong jaga anak sendiri pun suami dah
bising seperti dia yang terpaksa pikul tanggungjawab isteri..
padahal anak tu anak bersama...
dan kau pulak isteri, jangan setkan dalam kepala yang suami boleh buat semua..
responsibilities tu masih lagi bersama..

topik ni saja dimasukkan dalam entri kali ni..
sebagai reminder untuk diri sendiri jika sudah berumahtangga,
tak pun jadi pembuka minda pada kawan-kawan yang baca blog ni..



*don't get used to distances because it leads to disappearance*




Saturday, March 5, 2011

::What are words::


~currently playing in repeat mode~

Friday, February 25, 2011

::A Guy Bestfriend::

Besides having a boyfriend, a girl needs a guy best friend in her life.. A guy bestfriend who would::


  • give her piggy back rides when she’s too tired to walk,
  • who would go shopping with her & hold her bags,
  • who would chill with her & her girls & be considered one of the girls,
  • who she can rely on when she has relationship, family & friendship problems,
  • who would listen to her vent when she has too much bottled up.
  • who can remind her that good guys exist when other guys treat her wrong by being that good guy.


~taken from tmblr~

p/s:: i think i've one already since about 7 years ago.. and we're still bestfriend now.. *wink2*

Monday, February 21, 2011

::nombor::

recently i''ve heard a lot pasal org main nombor..
bukanlar sbb tgk citer ngangkung tu, tp seriously aku dgr byk citer kawan2 yg main no..
and yes, diorg tu semua melayu...

dan disebabkan itu, membuatkan aku tertanya-tanya..
diorg ni tak tahu halal haram ke?
so aku pun bertanya pada mereka kenapa diorg ni main nombor sampai sanggup suruh kawan-kawan non-malay tolong belikan sebab malu nak pegi beli sendiri... *pandai lak diorg malu nk beli sendiri takut org nampak, tapi yang satu kat atas tu tak takut pulak kan*

bila ditanya kenapa beli nombor, jawapan yang aku terima pelbagai..
ada yang kata sebab gaji sikit, tak cukup nak tampung anak bini...
kalau si bujang pulak, akan jawab yang gaji tak cukup nak sara diri sendiri sebab nak maintain kereta,rumah dan macam-macam lagi..
tak kurang juga yang jawab sebab nak kahwin.. kalau nak harap duit simpanan yang setakat menyimpan 50 hengget sebulan bila nak cukup utk kahwin.. hantaran pun dah cecah ribu-ribu..nak2 zaman sekarang kalo takde 10ribu jangan harap ar nak kawen..nak wat loan, byk lak procedure..

itu cerita tentang kenapa kawan-kawan aku ni suka main nombor.. tapi apa yang aku cuba bincangkan kat sini adalah, kenapa sampai perlu main nombor??

kepada yang sudah berkahwin, tak terfikirkah diorg duit yang diorg guna tu nak bg anak bini makan.. berkat ke keluarga mcm tu?
pada yg bujang, ko nk mulakan alam perkahwinan dgn duit haram? berkat ke rumahtangga nanti?terlupakah hukum memakan benda dari sumber2 syubahah? ni kan pulak nk guna duit tu untuk bagi orang lain makan..

persoalannya, kenapa sampai kene main nombor?
dh takde cara lain ke nk dapatkan duit?

masyaallah,jauhkanlah aku dari perbuatan penuh curiga ini..







Thursday, February 10, 2011

::Anda tahu anda tua bila....::

Tiba-tiba malam ni cuba mengaitkan kehidupan sendiri dengan pengalaman seorang penulis di sebuah blog. Bagaimana dia merasa dirinya telah tua walaupun hakikatnya umur beliau baru je mencecah 30tahun.

Fikiran tertumpu pada proses tumbesaran anak-anak buah yang kian dewasa.
Masing-masing dah pandai meminta-minta. Malah selalu juga jadi kawan bergaduh mereka.
Tu tak termasuk ayat seperti ' Man@Aarini nak ikut achu gi jalan', tak pun 'Nanti achu bawak Aarini ngan Man jalan tau. Nak gi tengok wayang'...
Masih kuat lagi memori aku waktu mereka baru dilahirkan. Dan bagaimana aku yang mengasuh mereka sewaktu masih di dalam pantang lagi. Dan kini..,
mereka sudah boleh berlari, malah sudah pandai mengomel sekiranya aku lambat pulang.

Ikatan-ikatan yang terjalin dalam hidup aku pun membuatkan aku mula menyedari betapa tuanya aku kini.
Dengan kehadiran seorang 'anak angkat' yang memanggil aku dengan panggilan 'Mama, buatkan
aku betul-betul terasa waktu sangat-sangat cepat berlalu.
*Ya, saya mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia 5 tahun yang sangat disayangi
dan dirindui*

Itu tidak termasuk dengan melihat kawan-kawan baik sejak di bangku sekolah
yang telah berkahwin dan bertunang, malah ada yang sedang mengandung dan telah pun melahirkan.
Betapa saat-saat persekolahan dan menjadi remaja masih kukuh dalam lipatan ingatan.
*Haihh.. cepatnya masa berlalu*

dan anda akan mula rasa anda semakin tua....

Bila anda membenci semua trend-trend yang berlaku contohnya "clubbing","emo gothic","budak-budak pakai baju fubu","budak beromen dalam jamban" dan "budak2 shuffle" nampak benar anda dah tua.Zaman anda dah berlalu.Sekarang zaman anak muda.

Mungkin usia membuatkan diri makin lama mengejar keselesaan.Mahu rasa selesa dengan bilik yang lengkap,selesa dengan kerja,selesa dengan hidup dan selesa dengan duit dalam dompet.

Dengan kesedaran diri yang semakin menginjak tua ni,
aku berharap semoga hidupku akan lebih sempurna dan lebih baik.
Dikurniakan dengan suami yang soleh,pemimpin,kawan baik dan bakal ayah yang terbaik.
Anak-anak yang bijak dan comel serta mendengar kata.
Keluarga yang harmoni.
Pekerjaan yang terbaik.
Rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta talian persahabatan yang tidak akan putus.
Amin~

Saturday, January 29, 2011

::emosi.tak.terkawal::

dua tiga hari ni emosi sangat tak terkawal..
cepat nak marah, cepat sedih, cepat terasa hati, cepat berprasangka dan 1001 macam lagi..
mungkin betul kata cik gadis dilla, 'semakin menginjak dewasa semakin sensitif pula'..

dan lewat petang tadi tiba-tiba emosi sangat tidak stabil...
dalam hati rasa bagai dihiris halus..
mata pula rasa berat dek takungan air mata yang ala-ala segan nak turun namun cukup untuk buat pandangan kabur..
segala memori lama bagai ditekan butang 'play' dalam kepala..
hati seolah berbisik mencari semula kesilapan..

lalu x semena-mena tangan mendail no bff.. *sory dilla saya tak return call awak*
tiba2 rasa nk silentkan hp dan campak dalam almari supaya hilang dari pndangan.. mungkin esok saya akan pegang hp semula*

kenapa jadi macam ni?
entahlah..

airmata gugur jua bila bercakap dengan dia.. seolah tak mahu berhenti..
dan dia sentiasa tahu cara untuk tenangkan hati ni..
emosi dan hati rasa sedikit lega.. walaupun masih bersisa..
*terima kasih kerana sentiasa tahu tenangkan hati saya dari dulu*

walaupun emosi masih di bawah paras sedikit terkawal, tapi masih tak mampu hilangkan rasa-rasa itu..


p/s:: bila akal dan hati tak bergerak seiring, jiwa dan jasad rasa tak bersatu.. buatkan manusia mudah hanyut..
namun, percayalah pada penawar yang satu..

Thursday, January 27, 2011

::dua.jiwa.satu.hati::

::Ucap Sayang Itu Perlu Ke?::

tiba-tiba soalan itu berlegar dalam fikiran aku...
ada sesetengah pendapat menyatakan tak perlu ucapkan sayang..
cukup hanya dengan tingkah laku.. bak kata orang putih 'action speaks louder than words' lar konon..
ada juga sesetengah berpendapat ucapan sayang itu perlu..
tetapi tidak perlulah selalu.. kerana dikhuatiri hilang keistimewaan perkataan 'sayang' itu sendiri..
tak kurang juga yang berpendirian ucapan sayang itu mestilah selalu diucapkan sebagai tanda kasih dan ingatan kepada orang yang dikasihi...


rasanya semua orang suka mendengar ucapan sayang.. terutamanya daripada orang yang kita kasihi dan cintai.. tipulah kalau cakap tak suka.. melainkan ucapan sayang tu keluar dari mulut orang yang kita tak suka.. memanglah kalau tiba-tiba je dia cakap dia sayang kat kita, akan rasa macam nak bagi penampar sulung je kat dia...

sayang itu terlalu subjektif untuk dimengertikan... contohnya, sayang kepada ibu bapa.. kita memang sedia maklum kita sangat dan teramat menyayangi ibu bapa kita.. tapi sedar tak berapa ramai antara kita yang pernah mengucapkan 'saya sayang ibu ayah' depan mereka.. rasanya boleh dikira kot.. kenapa kita tak ucapkan kita sayang mereka? sebab dalam fikiran dan hati kita, 'diorang tau aku sayang diorg'... so, terjadilah macam kata pepatah 'action speaks louder than words'.. kita cuma tunjukkan rasa sayang kita pada mereka dengan memberikan keputusan peperiksaan yang cemerlang atau pun cuba sedaya upaya membantu mereka mendapatkan apa yang mereka inginkan seperti membelikan barang-barang atau membawa mereka berjalan-jalan...dan seboleh-bolehnya kita cuba untuk tidak melukai hati mereka... apakata pada hari birthday atau anniversary mereka, kita ucapkan ' i love u' pada mereka.. nescaya mereka akan rasa amat terharu dan rasa begitu dihargai..

begitu juga dengan ucapan sayang pada kawan-kawan.. walaupun ada sesetengah kawan-kawan akan memberikan feedback seperti 'buang tabiat ke ape kau neh?' atau pun 'kau demam ehh?' bila kita ucapkan 'aku sayang kau' secara tiba-tiba.. tetapi percayalah dengan ucapan sayang itu, kawan kita akan lebih menghargai kita sebagai sahabatnya.. malah ucapan sayang itu akan lebih mengeratkan hubungan sesama kawan-kawan...


tak kurang juga ucapan sayang sesama suami isteri atau pasangan kekasih... ucapan sayang bukan hanya wajib diucapkan pada hari-hari istimewa seperti anniversary atau sambutan birthday atau pun di tahun pertama percintaan/perkahwinan... paling busuk pun masa lepas bergaduh... *cehh!*

bagi aku, ucapan sayang itu perlu.. teramat perlu diucapkan.. kalau boleh selalu, ucapkanlah selalu.. sebab apa?

sebab ucapan-ucapan sayang dan rindu itu pengikat kepada sesebuah ikatan.. ucapan sayang juga adalah pengubat hati di kala berjauhan.. tak perlu hadiah beribu-ribu. coklat berkotak-kotak atau bungan berdozen-dozen.. cukup hanya dengan ungkapan ' saya sayang awak' sudah boleh membuatkan hari-hari yang dilalui indah walaupun seribu satu macam masalah yang melanda.. dunia rasa macam disinari cahaya indah bila dengar ungkapan sayang dari si dia yang dikasihi.. begitulah hebatnya kuasa ungkapan sayang pada aku..*hati sedang melarut pula tiba-tiba*

namun biarlah ungkapan sayang itu datang dari hati yang ikhlas dan penuh kejujuran.. kerana tanpa dua benda ni, rasa sayang itu penuh dengan penipuan dan lakonan semata-mata... yang mana mungkin akan mendatangkan perasaan kecewa yang teramat kepada si penerima bila terbongkar segala rahsia.. *teramat perit untuk diterima hokeh*



-tiba-tiba emosi dan tak boleh menulis lagi-


Sunday, January 9, 2011

::It's The Second::

had enough think of it..
everybody agreed the same thing..
that's it.. i'm done!


just finish writing my 24-hours notice of resignation..
i'll put it in the office tomorrow and pack my things..


IT'S MY SECOND TIME BAYBEHH...!!~
hell yeahhh~






p/s:: I believe in Allah.. Rezeki can find everywhere... This is just not the end..
I've survive before, and I'm gonna make it this time too..
Of course, it WILL BE A LOT BETTER!
insyaAllah

Friday, January 7, 2011

::i need you::


can you just understand me for this time?

i need you..



Tuesday, January 4, 2011

::Our.Journey::

entah kenapa tiba-tiba rasa mahu mengingatkan diri sendiri tentang keputusan yang sudah aku buat untuk diri sendiri...

tapi dalam masa yang sama, masih belum mampu lepaskan yang the other one...






so, perasan tak aku letak daisypath kt tepi tu -------------------------------------->













just to remind myself of how long we've been together.. *jadi, sila jangan mengada-ngada nak buat hal yang lebih complicated ye cik affa*

oh ye.. since masuk tahun 2011 ni, kami memang ada discuss tentang hubungan kami.. kami merancang untuk lebih serius pada tahun ini.. *nampak sangat macam aku yang tak serius.. *dang*

okay okay... untuk me'remind'kan aku lagi.. ini gambar kami yang baru je di ambil semalam sewaktu kami makan tengah hari di kawasan Equine Park pada pukul 6 ptg.. :D


baiklah.. saya memang tak suka bergambar dan tak fotogediks pun



DSA-Dia Sedia Ada.. *ok, dia memang suka buat muka blurr*

::Entri Pertama Dua Ribu Sebelas::

assalamualaikum... *mulakan tahun baru dengan perkara baik*

okay.. kat mana nak mula ehh...

kerja?? haa... officially aku melancarkan mogok kerja..huhuhuhu!~ hari jumaat lepas memang aku betul-betul balik KL sebab dah tak tahan.. letih lah!~ so sehingga ke hari ini saya tidak datang kerja lagi.. rasa macam esok akan pergi kot.. *kalau rajin...haip haip jangan ikut gaya ini*

cerita cinta?? hmm... balik je dari Ipoh, memang first dalam kepala nak jumpa dengan DSA dan DYB.. tapi yang mana harus jumpa dulu?? *jeng jeng jeng*

.
.
.
.
.
.

aku berjumpa dengan DSA dulu pada hari sabtu (1st January 2011) tu.. sebab menghadiri jemputan kenduri rakan kami sewaktu di KPTM Kuantan dulu.. *congrats untuk Endy dan Afzan* balik dari kenduri tu, kami pergi ke One Utama Complex.. saje nak menghabiskan masa kerana telah lama tidak bertemu..jalan-jalan, makan-makan then terus balik... agak ajaib aku sampai rumah pada pukul 7ptg..*yang mana sangatlah jarang balik awal kalau dah keluar tu*

aku dapat berjumpa dengan DYB pada keesokan harinya.. seperti biasa dia akan membawa si jantung hatinya, Khadeeja Husna...


inilah si kecik itu..


Kami cuma berjumpa,sembang-sembang,makan-makan dan melayan karenah Husna then balik memandangkan keesokan harinya adalah hari bekerja untuk beliau.. *untuk aku kan dah diisytiharkan mogok kerja*

oh ye, mana gambar DYB dan DSA?? ohh nanti akan aku uploadkan bila dirasakan masa yang sesuai.. buat masa ni, rasanya gambar ini sudah mencukupi.. *lagipun aku dan mereka memang tidak suka bergambar*

so, itulah saja rasanya hari-hari pertama di 2011 yang aku lalui... bagaimana anda pula?