Tuesday, November 27, 2012

::life.after.married::

okkayy.. baru masuk 2 minggu kekdahnye kalo nak citer panjang pun..
so, cut the story short..

basically bila ramai yang tanya "what do you feel after married?" honestly i would say just the same as before..CUMA:-
1- tidur malam tiba-tiba je ada orang kat sebelah..(boleh pulak tiba-tiba kan.. =P)
2- nak kena share wardrobe yang sedia penuh sendat dengan segala harta benda yang tak semuanya guna..  makanya sila kemas wardrobe anda sebelum kahwin ye.. dah kena bagi half kt inchek suami.. (hokeh,tipu sebab aku bagi tak sampai separuh pun almari tu..wakakkaka!)
3-double work!! bukanlah nak komplen ke hape.. cuma kena tahu kau kena basuhkan baju-seluar-undies inchek suami jugak.. walau pun kau cuma masukkan dalam mesin basuh je tapi still kau jugaklah kena buatkan.. hewhewhew! termasuklah prepare nak makan kenalah buat untuk inchek suami jugak.. (aku bernasib baik sebab inchek suami selalu balik lambat which is samalah ngan aku yang kadang-kadang sampai rumah 15minit awal je dari dia..makanya kami selalu dah siap-siap makan
sebelum balik.. senang, balik rumah terus tidur je.. ;p)
4-erm rasa macam takde dah.. ohh oh lupa, untuk sementara ni kami adalah warga nomad.. sebab kena bergilir-gilir stay rumah mertua masing-masing.. al maklumlah, kami je yang ada kt rumah sebelum ni wat peneman orang tua kami.. tak mahulah mereka terasa sangat bila kami tak stay sekali.. let them slowly adapt the environment.. bukan senang kan nak jaga hati orang tua ni..

hmm.. rasanya tu je kot beza lepas kahwin buat masa ni.. mungkin akan ada perubahan lain after few weeks@months..

hopefully we'll be together forever.. In Sya Allah.

Tuesday, November 6, 2012

::kata.rawak.15::

sampai satu masa dalam hidup ni,
kita hanya boleh harapkan diri sendiri
dan bukan org lain...
langsung.

Wednesday, October 31, 2012

::kata.rawak.14::

esok 31  Oktober.

Dalam otak ni dah makin terang. Alhamdulillah.

harap semuanya berjalan lancar.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, October 5, 2012

::kata.rawak.13::

hoi rasa.
tolong pergi jauh.
aku tak suka rasa.
kau memang chilake.

tak malu ke datang sini.
aku tak nak kaulah.
kenapa taknak lenyap?

apa? kau takkan hilang?
aahhh! setan kau ni.
saja nak bagi aku jatuh tersungkur kan?
aku takkan!

Tuesday, August 14, 2012

::kata.rawak.12::

sedar tak sedar dah penghujung Ramadhan..
sedar tak sedar dah nak masuk penghujung August..
sedar tak sedar tinggal lagi beberapa bulan..

jangan tanya aku pasal persiapan majlis,
sebab aku ikut arus je..
A yang disuruh buat, aku buat A..
B yang disuruh buat, aku buat B..
sebab aku memang tak tahu..tak minat.
yang penting yang wajib je.

masih ada sesuatu yang belum habis..
aku dapat rasakan..
sesuatu yang tak gemar..
sesuatu yang boleh buat aku tukar fikiran 180 darjah..
tak suka.



Friday, May 18, 2012

::kata.rawak.11::

kalau dah nama memori, memanglah selalu teringat..
kadang-kadang datang tanpa kita sedar..
teringat sampai rasa sedih.. sebab teringat..
kadang-kadang ketawa sorang-sorang.. senyum sumbing..
sebab teringat..

tapi walau banyak mana kita teringat,
kita tak tahu benda tu adalah sesuatu yang tak patut kita ingat..
sebab kalau kita asyik ingat,
sampai bila-bila pun kita tak ingat...

'pelik betul ingat-mengingat-teringat...'

Monday, April 16, 2012

::hari tu mimpi::

hari tu mimpi..
bukit depan rumah runtuh..
habis rumah-rumah yang kat kaki bukit..
walaupun bukit tu tak tinggi mana, tapi tanah-tanah tu tetap sampai kat umah aku..
masa tu aku kat ruang tamu dengan ibu..
kalut sangat..
takut.. nak menangis..
terus peluk ibu kuat-kuat..
mintak ampun kat ibu..
.
.
.
.
.
terjaga.
tercungap-cungap..
berpeluh.

*astagfirullahalazim*

tengok jam pukul 7.10pagi..
masya-Allah...terlajak subuh!

-------------------------

hari tu mimpi lagi..
kecoh ada amaran tsunami kt KL..
tapi rumah aku atas bukit..
logik akal, takkan ada tsunami..
jauh kot dari laut..

tapi...
..
.
.
.
.

satu pagi tu..
tiba-tiba je ada ombak besar datang..
sampai dekat rumah..

ibu tak tahu mana pergi..
yang ada cuma ayah..

aku peluk ayah kuat-kuat..
cakap aku takut sangat..
ayah pegang aku, cakap ikut dia..

kami menyorok dalam bilik..
aku peluk ayah..
menggigil takut..
sempat mintak ampun kt ayah..
Tiba-tiba dengar bunyi air..
 Kuat.
 Nampak air masuk bawah pintu..
 Dalam hati berdoa macam-macam..
 Tak lama tu ayah ajak keluar..
Bila rasa dah selamat..
Kat luar tengok macam takde pape..
.
.
.
.
.
*terjaga*

 Menggigil.

 Tgk jam pukul 6.20pg..
 Bangun,subuh!

------------------------

 Malam tadi mimpi lagi..
 Bukit depan rumah runtuh..
Tapi kali ni macam ada gempa bumi..
 Banyak batu besar jatuh..
Bergolek langgar rumah-rumah kat kaki bukit..
 Aku dengan ibu..
 Sibuk cari ayah nak lari selamatkan diri..
 Tiba-tiba..
.
.
.

 *terjaga*

 Jantung berdegup laju.
 Tengok jam pkl 6.45pg..
 Subuh!

 *mungkin terlalu banyak bencana alam kebelakangan ni, sampai termimpi-mimpi...
 Atau mungkin Allah nak beri petunjuk supaya perbaiki diri.. Wallahualam*

Wednesday, April 4, 2012

::kata.rawak.10::

baru hari ni terkesan dengan bait-bait lagu ni...




kenapa datang tiba-tiba ni? haish!

Sunday, March 4, 2012

::kata.rawak.09::

Ya Allah, tetapkanlah hatiku untuk cinta yang Kau pinjamkan ini.. Andai cinta yang lain itu memudaratkan aku, maka Engkau hilangkanlah rasa ini.. Biarlah cinta yang ada dalam diriku ini hanya cinta yang membawaku kepadaMu.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

::kata.rawak.08::

dah beritahu apa yang sepatutnya diberitahu.. Ternyata seratus kali lebih susah dari yang dijangka.. Hati terasa perit,pahit,berkecai dan macam-macam lagi.. Ya Allah, terasa amat berat dalam hati ini.. Sesungguhnya Kau tabahkanlah hati kami ini.. Jauhkanlah kami dari perkara laranganMu..

Ya,bagi dirimu mungkin aku yang paling kejam berbuat engkau begitu.. Namun aku lebih mengenali dirimu... Katakan apa saja kerana aku terima dengan hati terbuka... Walau hati menangis sendiri meski luaran penuh tawa..

Published with Blogger-droid v2.0.4