Thursday, February 10, 2011

::Anda tahu anda tua bila....::

Tiba-tiba malam ni cuba mengaitkan kehidupan sendiri dengan pengalaman seorang penulis di sebuah blog. Bagaimana dia merasa dirinya telah tua walaupun hakikatnya umur beliau baru je mencecah 30tahun.

Fikiran tertumpu pada proses tumbesaran anak-anak buah yang kian dewasa.
Masing-masing dah pandai meminta-minta. Malah selalu juga jadi kawan bergaduh mereka.
Tu tak termasuk ayat seperti ' Man@Aarini nak ikut achu gi jalan', tak pun 'Nanti achu bawak Aarini ngan Man jalan tau. Nak gi tengok wayang'...
Masih kuat lagi memori aku waktu mereka baru dilahirkan. Dan bagaimana aku yang mengasuh mereka sewaktu masih di dalam pantang lagi. Dan kini..,
mereka sudah boleh berlari, malah sudah pandai mengomel sekiranya aku lambat pulang.

Ikatan-ikatan yang terjalin dalam hidup aku pun membuatkan aku mula menyedari betapa tuanya aku kini.
Dengan kehadiran seorang 'anak angkat' yang memanggil aku dengan panggilan 'Mama, buatkan
aku betul-betul terasa waktu sangat-sangat cepat berlalu.
*Ya, saya mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia 5 tahun yang sangat disayangi
dan dirindui*

Itu tidak termasuk dengan melihat kawan-kawan baik sejak di bangku sekolah
yang telah berkahwin dan bertunang, malah ada yang sedang mengandung dan telah pun melahirkan.
Betapa saat-saat persekolahan dan menjadi remaja masih kukuh dalam lipatan ingatan.
*Haihh.. cepatnya masa berlalu*

dan anda akan mula rasa anda semakin tua....

Bila anda membenci semua trend-trend yang berlaku contohnya "clubbing","emo gothic","budak-budak pakai baju fubu","budak beromen dalam jamban" dan "budak2 shuffle" nampak benar anda dah tua.Zaman anda dah berlalu.Sekarang zaman anak muda.

Mungkin usia membuatkan diri makin lama mengejar keselesaan.Mahu rasa selesa dengan bilik yang lengkap,selesa dengan kerja,selesa dengan hidup dan selesa dengan duit dalam dompet.

Dengan kesedaran diri yang semakin menginjak tua ni,
aku berharap semoga hidupku akan lebih sempurna dan lebih baik.
Dikurniakan dengan suami yang soleh,pemimpin,kawan baik dan bakal ayah yang terbaik.
Anak-anak yang bijak dan comel serta mendengar kata.
Keluarga yang harmoni.
Pekerjaan yang terbaik.
Rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta talian persahabatan yang tidak akan putus.
Amin~

2 comments:

  1. yela babe. kita memang dah makin tua. dan bila makin tua kita makin faham apa rasa mahu dijaga dan mahu menjaga. may fate fare us well, insyaAllah :D

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...pray for the best! :D

    ReplyDelete