cepat nak marah, cepat sedih, cepat terasa hati, cepat berprasangka dan 1001 macam lagi..
mungkin betul kata cik gadis dilla, 'semakin menginjak dewasa semakin sensitif pula'..
dan lewat petang tadi tiba-tiba emosi sangat tidak stabil...
dalam hati rasa bagai dihiris halus..
mata pula rasa berat dek takungan air mata yang ala-ala segan nak turun namun cukup untuk buat pandangan kabur..
segala memori lama bagai ditekan butang 'play' dalam kepala..
hati seolah berbisik mencari semula kesilapan..
lalu x semena-mena tangan mendail no bff.. *sory dilla saya tak return call awak*
tiba2 rasa nk silentkan hp dan campak dalam almari supaya hilang dari pndangan.. mungkin esok saya akan pegang hp semula*
kenapa jadi macam ni?
entahlah..
airmata gugur jua bila bercakap dengan dia.. seolah tak mahu berhenti..
dan dia sentiasa tahu cara untuk tenangkan hati ni..
emosi dan hati rasa sedikit lega.. walaupun masih bersisa..
*terima kasih kerana sentiasa tahu tenangkan hati saya dari dulu*
walaupun emosi masih di bawah paras sedikit terkawal, tapi masih tak mampu hilangkan rasa-rasa itu..
p/s:: bila akal dan hati tak bergerak seiring, jiwa dan jasad rasa tak bersatu.. buatkan manusia mudah hanyut..
namun, percayalah pada penawar yang satu..




No comments:
Post a Comment