Friday, March 25, 2011

::suami.isteri::

hokey, kali ni tak mahu lagi story about ::jiwa.gila::...
mari buka topik yang lebih serius..

dua tiga hari lepas ada berborak dengan seseorang..
mula-mula berborak kosong je but then tiba-tiba jadi serius pulak biler terbukak cerita
pasal lelaki..

perasan tak korang ada sesetengah lelaki jenis yang suka tolong wife or mak kat umah buat keje rumah... siap tak payah disuruh-suruh... tahu je nak amik kain baju basuh sendiri, lipat then kemas bilik suma bagai..
ada pulak sesetengah yang malas nak mampus sampai baju tak berbasuh
dengan habuk dalam bilik boleh kumpul bukak kedai bundle pun diorang
boleh buat x kesah jer...[okeh, metafora terlampau]
yang kelakarnya, kalo yang si pemalas nie, selalunya taknak mengalah je depan awek
or kawan-kawan..
mesti nak nampak paling hensem dan paling smart..
padahal kat umah bilik macam tongkang pecah sampai kalau kucing beranak pinak siap bercucu pun tak perasan.. [hokeh, metafora terlampau lagi]
dan lagi sakit hati bila mak atau kakak suruh mintak tolong angkat baju yang jemur pun dah bising bagai nak rak..
padahal baju yang disuruh angkat tu baju kau sendiri jugak kan...
pelikkan kenapa seorang lelaki boleh macam tu..??
adakah sebab diorang memang pemalas tahap dewa kelapan belas? ataupun
diorang ni ada ego yang buatkan diorang rasa kerja-kerja rumah tu semua kerja perempuan je..
sama jugak kes kalau lelaki tu dah berkahwin..
apalah salahnya kalau kau tolong wife ko kemas dapur lepas dia dah penat memasak...
tak pun kau tolong sapu sampah kat luar sementara wife kau tolong sapu kat dalam umah..
atau kau tolong angkat je kain2 yang dah kering kat luar tu biler wife kau dah tolong basuhkan dan lipatkan..
bukannya susah sangat kan?
nak2 lagi kalu kau seorang suami yang banyak masa kat rumah and wife kau yang keluar bekerja...
kenapa nak mempertikaikan kerja-kerja rumah tu semua kerja perempuan semata-mata kau rasa ego kau cukup tinggi yang lelaki tak perlu buat kerja-kerja tu..
masa bercinta dulu boleh pulak lelaki2 ni berjanji akan sentiasa ada disamping si isteri di saat susah dan senang.. konon2 biarlah bersama-sama...
then bila usia perkahwinan dah masuk 2 3 tahun kau dah mula rasa tanggungjawab kau hanya
bagi duit nafkah tiap-tiap hujung bulan je?
itu pun kalau kau ada bagilah kann.. [ooopps teremosi pulak]
hmm.. apa nak jadi lelaki zaman sekarang..

dan pada si isteri pula, janganlah kau amek kesempatan pada si suami..
mentang-mentanglah kau bekerja di syarikat besar, bergaji dan berpangkat besar,
janganlah tinggi diri...
kena ingat yang kau masih seorang isteri...
di mana tempatnya disisi suami..
sampai bila nak kejarkan kerja yang tak pernah habis..
bak kata kawan baik dalam blognya,
kejar duit, kejar pangkat, kejar nama
sampai terlupa jalan nak balik ke rumah sendiri, lupa kawan baik sendiri
and even worse lupa makna keluarga dalam hidup sendiri..
tak mahulah sampai macam tu sekali..
dan memang tak dinafikan institusi perkahwinan di zaman serba canggih sekarang
lebih mudah tergugat..
isteri sibuk dengan email dan mesej dari kawan-kawan mahupun rakan pejabat...
si suami pula sibuk dengan ipad mahupun iphone main game atau menguruskan kerja..
dah tu, mana masa yang sepatutnya dihabiskan bersama..
sampaikan bila si isteri ada masalah seperti kereta rosak ke ape,
suami bukan sumber utama yang dicari.. tapi-kawan-kawan yang diutamakan..
sebab apa?
sebab isteri dah rasa macam suami tu ada ke takde pun sama je..
bila kat rumah pun suami buat tak tahu je.. harapkan tolong jaga anak sendiri pun suami dah
bising seperti dia yang terpaksa pikul tanggungjawab isteri..
padahal anak tu anak bersama...
dan kau pulak isteri, jangan setkan dalam kepala yang suami boleh buat semua..
responsibilities tu masih lagi bersama..

topik ni saja dimasukkan dalam entri kali ni..
sebagai reminder untuk diri sendiri jika sudah berumahtangga,
tak pun jadi pembuka minda pada kawan-kawan yang baca blog ni..



*don't get used to distances because it leads to disappearance*




No comments:

Post a Comment