Showing posts with label ::kata.rawak::. Show all posts
Showing posts with label ::kata.rawak::. Show all posts

Friday, November 20, 2015

::kata.rawak.29::

semalam pergi tengok Mockingjay Part 2..
balik tu terus bersiap-siap nak tidur..
tapi tiba-tiba teringat pulak tak tengok satu cerita yang aku dah record..
terus semangat duduk depan tv dengan inchek suami..

lepas 15 minit cerita berlalu,
hujan turun agak lebat kat luar..
terus inchek suami keluar ke balkoni rumah..
(aku ingat dia nak tolong angkat kain masuk ke dalam)

lama sikit lepas tu tengok dia tak masuk-masuk..
aku pun pause cerita yang tengah tengok tu dan keluar ke balkoni..
tanya dia kenapa tak masuk?
then dia cakap saja.. nak tengok hujan..

and guess what,
we sat on the floor at the balcony and stares the pouring rain..
side by side.. holding hands..

the quietness.. the moment..
the sound of the rain.. the smell of it..
just unspeakable..
and we both  share the same feeling at that moment..

sedar-sedar dah sejam jugak kami di situ..
senyap.. without words..
melayan perasan masing-masing..

dan waktu tu aku teringat..
dulu, masa zaman study..
kitorang selalu buat macam tu..
kat tepi laut..
kat benteng..
kat atas tangki air kolej..

rindu zaman tu..
zaman hanya fikir belajar..
(walaupun takdelah fikir sangat pun)

sekarang,
kami dah berubah seiring zaman..
terlalu sibuk dengan urusan masing-masing..

bukanlah jarang habiskan masa bersama..
selalu.. malah setiap hari..
cuma dah jarang menikmati saat-saat macam malam tadi..

rindu.

Monday, October 26, 2015

::kata.rawak.28::

semua anak perempuan akan ada satu perasaan bila dah berkahwin..
tak kira perasaan tu kecil atau besar..

iaitu.
rasa ingin berbakti pada kedua ibu bapa sebaik mungkin.

ya, semua orang tahu..
perempuan bila sudah berkahwin wajib patuh pada suami..
malah dalam islam sendiri keluarga suami lebih utama daripada keluarga si isteri..

biar pun kita tahu bahawa kita ada adik beradik lelaki yang lain..
yang lebih wajib menjaga ibu bapa kita,..
tapi sebolehnya kita juga tak mahu kurang beri perhatian pada ibu bapa kita..

di sini pendekatan suami untuk mendidik isteri dalam mengimbangi bersama tanggungjawab pada ibu bapanya amatlah penting..
berat sebelah, maka pincanglah salah satu hubungan.,
tak mustahil keduanya sekali..

maka point aku kat sini adalah,
suami jadilah suami yang pandai memujuk isteri dalam pada taat pada ibu bapa..
isteri jadilah seorang yang memahami pada tanggungjawab suami sebagaimana kita mahu membela ibu bapa kita..
ibu bapa jadilah orang tua yang bertimbang rasa pada anak-anak..kerana kita juga punya perasaan yang sama pada ibu bapa kita..

sesungguhnya dunia ini berputar..
segalanya yang terjadi dulu, akan terjadi semula sama ada sekarang atau pun akan datang..




Tuesday, October 20, 2015

::kata.rawak.27::

sejak semalam jerebu semakin teruk..
sejak semalam jugak aku dah mula rasa sakit tekak, pedih mata, sakit dada..

nampak gaya nak kena ambil balik flutiform(ubat prevention asthma)..
walhal hari tu baru je stop lebih kurang 2 minggu..

haih, menduga sungguh laa..

hari ni jerebu makin worse..
dah mula bawa asap warna kuning..
yang dikhabarkan beracun dan sangat berbahaya..
Allahu rabbi.

moga-moga semua orang jaga diri dan kesihatan..
semua yang jadi tidak sedikit pun terlepas datangnya dari Dia..
doa-doa supaya ini bukanlah bala yang diturunkan atas dosa kemaksiatan di negara kita..

::Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata.” - Ad-Dukhan:ayat 10

wallahualam.

Thursday, October 8, 2015

::kata rawak.26::

hari ni dapat satu pelajaran baru..
daripada instagram dr.afl..
berkaitan dengan doa isteri..

selalu kita dengar yang redha suami/lelaki terletak pada redha ibunya sendiri..
tapi tak ramai yang tahu redha isteri juga tak kurang pentingnya..

sebab doa ibu dan isteri pada suaminya tiada hijab..

contohnya kalau suami nak mula buat bisnes,..
janganlah diperlekehkan macam 'alaa.. awak tu hangat-hangat taik ayam je..nanti tah kemana perginya'
tapi sebaliknya cuba cakap,
'yeke bang.. InsyaAllah berjaya nanti.. saya doakan semua dipermudahkan'
heaa..
InsyaAllah, kata-kata yang baik tu akan dikabulkan Allah sebagai doa untuk suami..
takkan Allah nak tolakkan..? =)

sama juga dengan satu posting (aku tak ingat baca kat mana)..
kisah suami yg bekerja dengan gaji rm1800/bulan.. 
dan isterinya pun bekerja dengan gaji dua kali ganda si suami..
tapi tiba-tiba Allah uji mereka dengan anak yang sakit agak teruk..
maka si isteri terpaksa berhenti kerja..

bayangkan bagaimana mereka nak hidup dengan hanya gaji suami,kan..?
sebab sebelum ni isteri yang banyak bantu suami dalam hal ekonomi rumahtangga..
tapi ternyata janji Allah itu pasti,
'berkahwinlah.. kerana ia pembuka rezeki'

entah macam mana selepas beberapa waktu membiasakan diri dengan menguruskan rumahtangga,
si suami rasa seperti lebih banyak pula duit gajinya..
walaupun sebenarnya gajinya tetap amount yang sama setiap bulan!
semua bil dan belanja rumah dia bayarkan.. 
malah dapat pula bawak isteri dan anak-anak bercuti dan makan sedap-sedap setiap minggu..
berbeza dulu bila mana isteri masih bekerja..
duit dirasakan sentiasa tidak cukup..
dan isteri janganlah lupa untuk sentiasa doakan suami setiap hari..
'ya Allah, permudahkanlah suamiku mencari nafkah untukku dan keluargaku.. sihatkanlah dia..
murahkanlah rezekinya ya Allah'

so, nampak tak keberkatan kat situ..?
bila mana suami sedar tanggungjawabnya lebih dari sekadar memberi apa yang patut..?
dan isteri betul-betul berbalik kepada fitrah..
'suami yang mencari nafkah untuk keluarga, isteri menjaga suami dan mendidik anak di rumah'

sesungguhnya Islam itu cantik dan indah.

alangkah baiknya jika kita semua berada di paksi yang sebenar.

InsyaAllah. 
Allahumma amin.

Wednesday, October 7, 2015

::kata.rawak.25::

semalam aku rasa adalah antara hari yang paling fun untuk aku..
sebab semalam aku dengan kawan-kawan baik geng On7 adhoc semua orang ambil EL..
untuk hantar salah seorang kawan baik nak pergi bekerja di Jeddah, KSA.

best kan..?
dapat kerja di luar negara dan dapat tengok tempat orang..
dalam masa yang sama dapat kumpul duit sebelum settle down kat tanah air sendiri..

paling best semalam dapat kumpul semua sekali..
kebiasaannya memanglah teramat susah untuk kumpul semua dalam satu masa..
maklumlah, masing-masing ada tanggungjawab kehidupan yang berbeza..
apa pun Alhamdulillah sebab dapat jumpa semua setelah sekian lama..
share cerita, update life masing-masing..
walaupun lepas ni salah seorang dari kami dah takde..

dan semalam juga kami dapat berita yang salah seorang dari kami jugak akan sambung belajar di luar negara tahun depan..
wah wah.. bukan main kawan-kawan aku ni semua nak pergi oversea ye..
aku bila lagi nih..? -___-



Wednesday, September 30, 2015

::kata.rawak.24::

Di kala musim jerebu ni, macam- macam penyakit yang datang..
Asma, batuk, demam, selsema, migrain, sakit mata, etc..

Tapi yang rasanya tak masuk akal adalah bila pemandu yang bawa kereta pun terkena tempias..

Sejak jerebu ni, aku perasan orang bawa kereta macam lulus lesen beli je..
Suka-suka hati masuk simpang kiri kanan..
Suka-suka hati nak berhenti tak bagi signal..
Suka-suka hati potong queue..
Termasuklah asyik nak menge-hon kereta..

Kalau diikutkan situasi semua di atas tu memang fenomena biasa kat Malaysia ni..
Tapi sejak jerebu ni semua benda tu jadi lebih kerap lagi..

Agaknya jerebu ni bagi kesan juga pada emosi dan jiwa manusia tak..?

Tuesday, September 29, 2015

::kata.rawak.23::

Semalam dalam pada berjela-jela bersembang di group Whatsap,
salah seorang kawan baik bertanya tentang update blog..

tiba-tiba baru terlintas dalam kepala yang blog ni dah lama bersawang..
selayaknya mungkin ala peti harta karun yang tertanam di dalam lapisan kedua bumi.. (metafora terlampau)

sejujurnya, kesibukan kerja dan pengisian kehidupan harian agak padat..
nak kata mengurus suami sangat pun, tidak juga..
entah apa tah yang disibukkan bila difikirkan semula..

mungkin menginjak usia ke pangkal 3,
buatkan aku lebih banyak mengisi masa dengan perkara yang lebih membawa manfaat.. 
seperti facebook, instagram, main game, baca blog, layan youtube.. tehehehe~
banyak layan tv series pun iya juga.. huhuhuhu..

cumanya recently, jiwa ni ibarat tertarik-tarik ke arah satu ilmu yang dah lama aku tahu serba sedikit tapi aku buat-buat tak tahu atau pun memang sengaja tak nak ambil tahu..

kadang-kadang aku tak cari pun, 
tapi kerap kali sewaktu melayan bosan di ofis atau kt rumah mesti akan terjumpa atau terklik (tercari pun ada juga) benda-benda berkaitan ilmu itu..

dan selalunya sumber rujukan aku pastinya inchek suami yang lebih arif dari aku..
takpun ayah.. paling kurang pun akan research sendiri..

entahlah..
kebelakangan ni, kesedaran tu ibarat datang sikit demi sikit..
dan jiwa ni ibarat tercari-cari..

mudah-mudahan aku tidak separuh jalan.
bi iznillah.



Wednesday, April 15, 2015

::kata.rawak.21::

assalamualaikum..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

Alangkah pilunya hati ni..
Nak bercerita pun rasa sedih teramat..

Tak pernah sangka akan berdepan dengan masalah macam ni dalam keluarga sendiri..
Dan tak pernah sangka orang yang buat macam tu bukanlah aku..

Yelah,
Looking back to the old days,
Aku bukanlah anak yang paling bijak apatah lagi paling baik..
Memang dari kecil aku yang paling bermasalah..
Dan sebab itu aku yang selalu kena marah..
Setakat dipukul, dirotan, makan penampar tu perkara biasa,,,

Tapi Alhamdulillah..
Syukur setelah beberapa tahun memerhati manusia sekeliling,
Mungkin berkat doa ibu ayah,
Mungkin juga ilmu-ilmu yang dipelajari secara tak langsung,
Mungkin juga kerana punya suami yang selalu beri input yang positif,
maka aku kini jadi manusia..

Tatkala aku masih lagi belajar menjadi manusia,
aku diduga..
Diuji kesabaran dengan ahli keluarga sendiri..
Nak-nak lagi benda berkaitan ibu dan ayah sendiri..

Kesabaran aku sedari dari kecil, bukanlah setebal konkrit..
Sahabat-sahabat yang betul-ketul kenali aku memang sangat tahu sabar aku di paras mana,..
Dan bila melibatkan darah daging sendiri,
Aku jadi tersepit..

Aku pendam apa yang aku rasa..
Bila aku cuba selesaikan dengan cara baik,
Pihak sana seolah tak mahu mengalah..
Dan kesan dari itu,
Aku pula dipersalah..
Malah dituduh tak memahami HANYA kerana aku tak punya apa yang dia ada..

Aku tak kisah..
Bertekak macam mana pun,
Keutamaan aku adalah ibu ayah..
Sebab itu sahaja harta dunia akhirat yang aku ada..

Aku minta Tuhan kurniakan aku hati yang kekal sabar,
Fikiran yang sentiasa waras,
Dijauhkan dari godaan iblis dan syaitan,
Tubuh badan yang sihat,
Dan tingkatkan sifat-sifat yang elok dalam diri.

Semoga beroleh penyelesaian.
Amin.. Allahumma amin.




Wednesday, March 25, 2015

::kata.rawak.20::

semalam tiba-tiba tergerak hati nak komen satu post fb dari seorang sahabat lama..
takde komen drastik pun..
cuma biasa-biasa saje sebab tengok dia asyik post susah hati dan sedih-sedih je..

tup-tup..
tengah hari semalam dia mesej di Whatsapp..
dengan niat nak mengadu masalah yang lately ni ibarat bertimpa-timpa untuk dia..
aku tak mampu nak beri nasihat panjang..
sebab dah lama masing-masing tak update perkembangan.. hanya through facebook saje..

nak dijadikan cerita setelah beberapa lama berbalas mesej..
entah  macam mana terlintas dalam hati untuk beri bantuan fizikal pada dia..
perlakuan tu ibarat datang secara automatik tanpa dipaksa rela atau simpati ke ape..

bagi si sahabat, pertolongan yang diberi bagai bulan jatuh ke riba..
syukur tak terkira..
dengan perlbagai dugaan dari keadaan sekeliling,
tambah pula dengan kandungan yang sudah hampir 5 bulan..
aku ni ibarat pembuka jalan..

alhamdulillah..
pagi ni dia mesej memberitahu yang satu masalahnya telah selesai..
sedikit sebanyak hasil dari cadangan bantuan aku..

aku pun happy bagi pihak beliau..
syukur, Allah bantu permudahkan urusan dia..

entah kenapa lately random kindness tu buatkan aku rasa puas sangat-sangat..
kepuasan yang tak boleh nak describe..

Alhamdulillah..
Allah beri peluang aku rasa kepuasan ni..
Sesungguhnya Allah jualah yang menggerakkan hati kita..

me happy! =)

Tuesday, March 10, 2015

::kata.rawak.19::




semalam aku nampak kegembiraan mereka yang terpancar jelas.
semalam aku mengenal satu sisi baru mereka.

aku pun happy juga.
cuma,
alangkah indahnya jika mereka merasa kegembiraan itu yang sepatutnya datang dari aku lama dulu.
alangkah baiknya jika itu aku.

maaf.
kerana aku tak mampu beri gembira itu lebih dulu.

maaf.
kerana aku tak diberi peluang untuk sama-sama merasa gembira itu.

maaf.
kerana aku tak berdaya memenuhi kegembiraan itu.

aku sedar untuk tidak menolak takdir.
aku redha dengan qada dan qadar.
tapi aku tak mampu tipu.






Thursday, May 16, 2013

::kata.rawak.17::

Kita tahu apa yang kita nak...
tapi kita tak berusaha untuk dapatkan...
Lalu kita mengeluh kita tak dapat apa yang kita mahu...
Hidup tak adil pada kita..

Sedarkah kita usaha bagaimana yang kita dah buat...
Cukupkah?

::kata.rawak.16::

Di saat kita buntu mencari jawapan yang ada dalam diri kita,
Percayalah yang kebuntuan itu akan mengarah kita pada keputusan..

Tuesday, November 6, 2012

::kata.rawak.15::

sampai satu masa dalam hidup ni,
kita hanya boleh harapkan diri sendiri
dan bukan org lain...
langsung.

Friday, October 5, 2012

::kata.rawak.13::

hoi rasa.
tolong pergi jauh.
aku tak suka rasa.
kau memang chilake.

tak malu ke datang sini.
aku tak nak kaulah.
kenapa taknak lenyap?

apa? kau takkan hilang?
aahhh! setan kau ni.
saja nak bagi aku jatuh tersungkur kan?
aku takkan!

Tuesday, August 14, 2012

::kata.rawak.12::

sedar tak sedar dah penghujung Ramadhan..
sedar tak sedar dah nak masuk penghujung August..
sedar tak sedar tinggal lagi beberapa bulan..

jangan tanya aku pasal persiapan majlis,
sebab aku ikut arus je..
A yang disuruh buat, aku buat A..
B yang disuruh buat, aku buat B..
sebab aku memang tak tahu..tak minat.
yang penting yang wajib je.

masih ada sesuatu yang belum habis..
aku dapat rasakan..
sesuatu yang tak gemar..
sesuatu yang boleh buat aku tukar fikiran 180 darjah..
tak suka.



Friday, May 18, 2012

::kata.rawak.11::

kalau dah nama memori, memanglah selalu teringat..
kadang-kadang datang tanpa kita sedar..
teringat sampai rasa sedih.. sebab teringat..
kadang-kadang ketawa sorang-sorang.. senyum sumbing..
sebab teringat..

tapi walau banyak mana kita teringat,
kita tak tahu benda tu adalah sesuatu yang tak patut kita ingat..
sebab kalau kita asyik ingat,
sampai bila-bila pun kita tak ingat...

'pelik betul ingat-mengingat-teringat...'

Sunday, March 4, 2012

::kata.rawak.09::

Ya Allah, tetapkanlah hatiku untuk cinta yang Kau pinjamkan ini.. Andai cinta yang lain itu memudaratkan aku, maka Engkau hilangkanlah rasa ini.. Biarlah cinta yang ada dalam diriku ini hanya cinta yang membawaku kepadaMu.. Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

::kata.rawak.08::

dah beritahu apa yang sepatutnya diberitahu.. Ternyata seratus kali lebih susah dari yang dijangka.. Hati terasa perit,pahit,berkecai dan macam-macam lagi.. Ya Allah, terasa amat berat dalam hati ini.. Sesungguhnya Kau tabahkanlah hati kami ini.. Jauhkanlah kami dari perkara laranganMu..

Ya,bagi dirimu mungkin aku yang paling kejam berbuat engkau begitu.. Namun aku lebih mengenali dirimu... Katakan apa saja kerana aku terima dengan hati terbuka... Walau hati menangis sendiri meski luaran penuh tawa..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, December 20, 2011

::kata.rawak.07::

Belajar untuk melepaskan itu bukan sesuatu yang mudah...lagi pulak kalau sayang yang sungguh-sungguh sayang..

Sebab tu agaknya orang-orang tua pesan, 'kalau sayang tu biar berpada-pada...'

Wednesday, December 7, 2011

::kata.rawak.06::

berkali-kali aku sedar..
namun berkali-kali juga aku abaikan..

dan malam tadi..
betul-betul menguji kesabaran dan keperibadian aku..
lalu menjadikan aku lebih berani..

aku harap keberanian ini akan berterusan..
terus kuat..
Ya Tuhan, bantulah aku..