Showing posts with label ::life::. Show all posts
Showing posts with label ::life::. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

::kata.rawak.21::

assalamualaikum..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

Alangkah pilunya hati ni..
Nak bercerita pun rasa sedih teramat..

Tak pernah sangka akan berdepan dengan masalah macam ni dalam keluarga sendiri..
Dan tak pernah sangka orang yang buat macam tu bukanlah aku..

Yelah,
Looking back to the old days,
Aku bukanlah anak yang paling bijak apatah lagi paling baik..
Memang dari kecil aku yang paling bermasalah..
Dan sebab itu aku yang selalu kena marah..
Setakat dipukul, dirotan, makan penampar tu perkara biasa,,,

Tapi Alhamdulillah..
Syukur setelah beberapa tahun memerhati manusia sekeliling,
Mungkin berkat doa ibu ayah,
Mungkin juga ilmu-ilmu yang dipelajari secara tak langsung,
Mungkin juga kerana punya suami yang selalu beri input yang positif,
maka aku kini jadi manusia..

Tatkala aku masih lagi belajar menjadi manusia,
aku diduga..
Diuji kesabaran dengan ahli keluarga sendiri..
Nak-nak lagi benda berkaitan ibu dan ayah sendiri..

Kesabaran aku sedari dari kecil, bukanlah setebal konkrit..
Sahabat-sahabat yang betul-ketul kenali aku memang sangat tahu sabar aku di paras mana,..
Dan bila melibatkan darah daging sendiri,
Aku jadi tersepit..

Aku pendam apa yang aku rasa..
Bila aku cuba selesaikan dengan cara baik,
Pihak sana seolah tak mahu mengalah..
Dan kesan dari itu,
Aku pula dipersalah..
Malah dituduh tak memahami HANYA kerana aku tak punya apa yang dia ada..

Aku tak kisah..
Bertekak macam mana pun,
Keutamaan aku adalah ibu ayah..
Sebab itu sahaja harta dunia akhirat yang aku ada..

Aku minta Tuhan kurniakan aku hati yang kekal sabar,
Fikiran yang sentiasa waras,
Dijauhkan dari godaan iblis dan syaitan,
Tubuh badan yang sihat,
Dan tingkatkan sifat-sifat yang elok dalam diri.

Semoga beroleh penyelesaian.
Amin.. Allahumma amin.




Monday, January 13, 2014

::2013-2014::

Pengakhiran tahun 2013 adalah yang paling superb dalam hidup selama aku hidup 28 tahun ni..
Umrah di hujung tahun bersama suami dan seluruh keluarga.. aku percaya semua orang bersetuju dengan apa yang aku rasa andai mereka ditempat aku..

seronok. tak terkata.

actually, it was unplanned.. tiba-tiba je satu hari bila ibu usulkan idea nak ajak pergi umrah then surprisingly semua orang pun setuju.. (tak dinafikan salah satu sebab semua orang setuju sebab ibu yang willing nak sponsor semua orang..hehe) thanks to ibu sebab kalau tak, tak tahulah bila anak-anak dia nak jejak kaki kat sana.. alhamdulillah.

experience kat sana tak terucap dengan kata-kata.. betullah kata orang, selagi tak pergi sendiri then takkan sama dengan dengar cerita je.. masa baru sampai kat sana memang rasa macam tak percaya dah jejak kaki kat tempat paling suci atas bumi.. yelah, aku memang pernah pasang niat nak buat umrah sama-sama dengan suami, tapi tak sangka peluang tu datang cepat pulak.. banyak kali aku sujud syukur setelah berada depan Baitullah.. despite dengan segala dosa-dosa yang macam dvd player main depan mata, aku teramat bersyukur aku masih dijemput menjadi tetamu-Nya.. 

Alhamdulillah.. doa kawan-kawan aku dah sampaikan.. rasanya In syaa Allah aku dah doakan sekali untuk semua kawan-kawan terutamanya yang kawan-kawan rapat.. harap dimakbulkan Tuhan.. 

masa kat sana, tak terasa pun dah berginjak tahun.. sedar-sedar je tengok kat telefon dah bertukar tahun.. tak sempat pun nak buat azam baru ke apa.. sebab lebih fokus pada ibadat di sana.. apa pun,  rasanya azam seperti tahun-tahun yang lepas jugak.. cuma harapkan yang lebih lagi tahun ni.. especially pasal baby.. huhuhu..

baru seminggu balik dari Tanah Suci.. dah rasa rindu amat.. tiap-tiap hari aku tengok balik gambar-gambar masa kat sana.. dah janji pada diri sendiri nak pergi lagi dalam 2 3 tahun lagi, in syaa Allah..

aku doakan korang pun dijemput jadi tetamu Allah nanti.. memang lain perasaan bila kat sana..undescribe.

selamat datang 2014.. aku harapkan hari-hari yang indah di tahun ni.. semoga rezekiku melimpah ruah dan segala urusan dipermudahkan disamping menjadi a better muslimah..  amin.




Friday, March 22, 2013

::Junior::

alhamdulillah.. our wedding has been 4 months already..

syukur tak terhingga.. sesekali terkenang cerita lama, mesti nak gelak-gelak..
macam tak percaya pulak dah kahwin.. tapi tu lah, rahsia perjalanan hidup yang Allah tentukan..

entry kali ni aku sengaja letakkan 'Junior'.
sebab soalan biasa yang akan aku dengar sekarang,
" dah pregnant ke belum?", "dah ada isi ke?", "bila lagi?"
aku jawab.
"belum.. honeymoon lagi."

tapi.
dalam hati sedih.

tak tau kenapa nak rasa sedih..
padahal selama ni biasa je tengok orang kawen lama bertahun-tahun tak dapat baby tu macam biasa je..
lagi sedih bila orang yang kahwin lebih kurang sama dengan masa kita kahwin dah pregnant pun.
tengah buat persiapan nak terima orang baru.
tapi aku redha.

buat masa sekarang sedang berusaha.
berusaha setakat yang boleh dulu.
sebab orang kata masih terlalu awal.
maka aku cuba.

lewat kebelakangan ni selalu tengok gambar-gambar bayi comel.
rasa geram nak pelok ciom.
takpe, sabarlah hati.

sesekali teringat kata orang tua2,
"orang yang terlalu sukakan budak, selalu takde anak"
sedih lagi.

takpe.
doa. usaha.


doakan aku ye.




Tuesday, November 27, 2012

::life.after.married::

okkayy.. baru masuk 2 minggu kekdahnye kalo nak citer panjang pun..
so, cut the story short..

basically bila ramai yang tanya "what do you feel after married?" honestly i would say just the same as before..CUMA:-
1- tidur malam tiba-tiba je ada orang kat sebelah..(boleh pulak tiba-tiba kan.. =P)
2- nak kena share wardrobe yang sedia penuh sendat dengan segala harta benda yang tak semuanya guna..  makanya sila kemas wardrobe anda sebelum kahwin ye.. dah kena bagi half kt inchek suami.. (hokeh,tipu sebab aku bagi tak sampai separuh pun almari tu..wakakkaka!)
3-double work!! bukanlah nak komplen ke hape.. cuma kena tahu kau kena basuhkan baju-seluar-undies inchek suami jugak.. walau pun kau cuma masukkan dalam mesin basuh je tapi still kau jugaklah kena buatkan.. hewhewhew! termasuklah prepare nak makan kenalah buat untuk inchek suami jugak.. (aku bernasib baik sebab inchek suami selalu balik lambat which is samalah ngan aku yang kadang-kadang sampai rumah 15minit awal je dari dia..makanya kami selalu dah siap-siap makan
sebelum balik.. senang, balik rumah terus tidur je.. ;p)
4-erm rasa macam takde dah.. ohh oh lupa, untuk sementara ni kami adalah warga nomad.. sebab kena bergilir-gilir stay rumah mertua masing-masing.. al maklumlah, kami je yang ada kt rumah sebelum ni wat peneman orang tua kami.. tak mahulah mereka terasa sangat bila kami tak stay sekali.. let them slowly adapt the environment.. bukan senang kan nak jaga hati orang tua ni..

hmm.. rasanya tu je kot beza lepas kahwin buat masa ni.. mungkin akan ada perubahan lain after few weeks@months..

hopefully we'll be together forever.. In Sya Allah.