Monday, February 21, 2011

::nombor::

recently i''ve heard a lot pasal org main nombor..
bukanlar sbb tgk citer ngangkung tu, tp seriously aku dgr byk citer kawan2 yg main no..
and yes, diorg tu semua melayu...

dan disebabkan itu, membuatkan aku tertanya-tanya..
diorg ni tak tahu halal haram ke?
so aku pun bertanya pada mereka kenapa diorg ni main nombor sampai sanggup suruh kawan-kawan non-malay tolong belikan sebab malu nak pegi beli sendiri... *pandai lak diorg malu nk beli sendiri takut org nampak, tapi yang satu kat atas tu tak takut pulak kan*

bila ditanya kenapa beli nombor, jawapan yang aku terima pelbagai..
ada yang kata sebab gaji sikit, tak cukup nak tampung anak bini...
kalau si bujang pulak, akan jawab yang gaji tak cukup nak sara diri sendiri sebab nak maintain kereta,rumah dan macam-macam lagi..
tak kurang juga yang jawab sebab nak kahwin.. kalau nak harap duit simpanan yang setakat menyimpan 50 hengget sebulan bila nak cukup utk kahwin.. hantaran pun dah cecah ribu-ribu..nak2 zaman sekarang kalo takde 10ribu jangan harap ar nak kawen..nak wat loan, byk lak procedure..

itu cerita tentang kenapa kawan-kawan aku ni suka main nombor.. tapi apa yang aku cuba bincangkan kat sini adalah, kenapa sampai perlu main nombor??

kepada yang sudah berkahwin, tak terfikirkah diorg duit yang diorg guna tu nak bg anak bini makan.. berkat ke keluarga mcm tu?
pada yg bujang, ko nk mulakan alam perkahwinan dgn duit haram? berkat ke rumahtangga nanti?terlupakah hukum memakan benda dari sumber2 syubahah? ni kan pulak nk guna duit tu untuk bagi orang lain makan..

persoalannya, kenapa sampai kene main nombor?
dh takde cara lain ke nk dapatkan duit?

masyaallah,jauhkanlah aku dari perbuatan penuh curiga ini..







No comments:

Post a Comment