assalamualaikum... *mulakan tahun baru dengan perkara baik*
okay.. kat mana nak mula ehh...
kerja?? haa... officially aku melancarkan mogok kerja..huhuhuhu!~ hari jumaat lepas memang aku betul-betul balik KL sebab dah tak tahan.. letih lah!~ so sehingga ke hari ini saya tidak datang kerja lagi.. rasa macam esok akan pergi kot.. *kalau rajin...haip haip jangan ikut gaya ini*
cerita cinta?? hmm... balik je dari Ipoh, memang first dalam kepala nak jumpa dengan DSA dan DYB.. tapi yang mana harus jumpa dulu?? *jeng jeng jeng*
.
.
.
.
.
.
aku berjumpa dengan DSA dulu pada hari sabtu (1st January 2011) tu.. sebab menghadiri jemputan kenduri rakan kami sewaktu di KPTM Kuantan dulu.. *congrats untuk Endy dan Afzan* balik dari kenduri tu, kami pergi ke One Utama Complex.. saje nak menghabiskan masa kerana telah lama tidak bertemu..jalan-jalan, makan-makan then terus balik... agak ajaib aku sampai rumah pada pukul 7ptg..*yang mana sangatlah jarang balik awal kalau dah keluar tu*
aku dapat berjumpa dengan DYB pada keesokan harinya.. seperti biasa dia akan membawa si jantung hatinya, Khadeeja Husna...

inilah si kecik itu..
Kami cuma berjumpa,sembang-sembang,makan-makan dan melayan karenah Husna then balik memandangkan keesokan harinya adalah hari bekerja untuk beliau.. *untuk aku kan dah diisytiharkan mogok kerja*
oh ye, mana gambar DYB dan DSA?? ohh nanti akan aku uploadkan bila dirasakan masa yang sesuai.. buat masa ni, rasanya gambar ini sudah mencukupi.. *lagipun aku dan mereka memang tidak suka bergambar*
so, itulah saja rasanya hari-hari pertama di 2011 yang aku lalui... bagaimana anda pula?




No comments:
Post a Comment