Thursday, January 27, 2011

::Ucap Sayang Itu Perlu Ke?::

tiba-tiba soalan itu berlegar dalam fikiran aku...
ada sesetengah pendapat menyatakan tak perlu ucapkan sayang..
cukup hanya dengan tingkah laku.. bak kata orang putih 'action speaks louder than words' lar konon..
ada juga sesetengah berpendapat ucapan sayang itu perlu..
tetapi tidak perlulah selalu.. kerana dikhuatiri hilang keistimewaan perkataan 'sayang' itu sendiri..
tak kurang juga yang berpendirian ucapan sayang itu mestilah selalu diucapkan sebagai tanda kasih dan ingatan kepada orang yang dikasihi...


rasanya semua orang suka mendengar ucapan sayang.. terutamanya daripada orang yang kita kasihi dan cintai.. tipulah kalau cakap tak suka.. melainkan ucapan sayang tu keluar dari mulut orang yang kita tak suka.. memanglah kalau tiba-tiba je dia cakap dia sayang kat kita, akan rasa macam nak bagi penampar sulung je kat dia...

sayang itu terlalu subjektif untuk dimengertikan... contohnya, sayang kepada ibu bapa.. kita memang sedia maklum kita sangat dan teramat menyayangi ibu bapa kita.. tapi sedar tak berapa ramai antara kita yang pernah mengucapkan 'saya sayang ibu ayah' depan mereka.. rasanya boleh dikira kot.. kenapa kita tak ucapkan kita sayang mereka? sebab dalam fikiran dan hati kita, 'diorang tau aku sayang diorg'... so, terjadilah macam kata pepatah 'action speaks louder than words'.. kita cuma tunjukkan rasa sayang kita pada mereka dengan memberikan keputusan peperiksaan yang cemerlang atau pun cuba sedaya upaya membantu mereka mendapatkan apa yang mereka inginkan seperti membelikan barang-barang atau membawa mereka berjalan-jalan...dan seboleh-bolehnya kita cuba untuk tidak melukai hati mereka... apakata pada hari birthday atau anniversary mereka, kita ucapkan ' i love u' pada mereka.. nescaya mereka akan rasa amat terharu dan rasa begitu dihargai..

begitu juga dengan ucapan sayang pada kawan-kawan.. walaupun ada sesetengah kawan-kawan akan memberikan feedback seperti 'buang tabiat ke ape kau neh?' atau pun 'kau demam ehh?' bila kita ucapkan 'aku sayang kau' secara tiba-tiba.. tetapi percayalah dengan ucapan sayang itu, kawan kita akan lebih menghargai kita sebagai sahabatnya.. malah ucapan sayang itu akan lebih mengeratkan hubungan sesama kawan-kawan...


tak kurang juga ucapan sayang sesama suami isteri atau pasangan kekasih... ucapan sayang bukan hanya wajib diucapkan pada hari-hari istimewa seperti anniversary atau sambutan birthday atau pun di tahun pertama percintaan/perkahwinan... paling busuk pun masa lepas bergaduh... *cehh!*

bagi aku, ucapan sayang itu perlu.. teramat perlu diucapkan.. kalau boleh selalu, ucapkanlah selalu.. sebab apa?

sebab ucapan-ucapan sayang dan rindu itu pengikat kepada sesebuah ikatan.. ucapan sayang juga adalah pengubat hati di kala berjauhan.. tak perlu hadiah beribu-ribu. coklat berkotak-kotak atau bungan berdozen-dozen.. cukup hanya dengan ungkapan ' saya sayang awak' sudah boleh membuatkan hari-hari yang dilalui indah walaupun seribu satu macam masalah yang melanda.. dunia rasa macam disinari cahaya indah bila dengar ungkapan sayang dari si dia yang dikasihi.. begitulah hebatnya kuasa ungkapan sayang pada aku..*hati sedang melarut pula tiba-tiba*

namun biarlah ungkapan sayang itu datang dari hati yang ikhlas dan penuh kejujuran.. kerana tanpa dua benda ni, rasa sayang itu penuh dengan penipuan dan lakonan semata-mata... yang mana mungkin akan mendatangkan perasaan kecewa yang teramat kepada si penerima bila terbongkar segala rahsia.. *teramat perit untuk diterima hokeh*



-tiba-tiba emosi dan tak boleh menulis lagi-


1 comment:

  1. agreed. kalau sayang mesti kena cakap. action ni sometime can be misread. so if actions and words are equal there won't be any miscommunication then.

    ReplyDelete