Thursday, December 30, 2010

::Tutup Buku Lama.Buka Buku Baru::

current city:: masih di Ipoh.. *arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh*

hokey.. kena kembalikan mood kepada normal semula di hari-hari terakhir 2010 ni...
haila.. ada ke patut boss suruh aku pergi Perlis malam esok walhal aku dah baik punya plan nak lari balik KL esok petang *hadoiiiii* letey babe letey... dahlar dengan macam-macam hal jadi hari ni.. memang stress bagai nak gila lar hari ni... sumpah rasa macam nak lantakkan aje semua kerja-kerja ni then terus drive balik KL.. tapi, sangatlah tak professional kan.. *sigh*

dahlar di saat orang lain bergembira sebab esok cuti umum memandangkan Malaysia menang Piala AFF Suzuki semalam dan semangat nak sambut tahun baru *congrats Malaysia team!* aku kena bekerja macam apa je... *damn* serius rasa tak sabar-sabar nak berhenti kerja kat sini dan kerja tempat lain.. *walaupun entah angin puting beliung mana dah terbangkan boss aku tu semalam boleh pulak tiba-tiba dia cakap dia harap aku takkan resign dalam masa setahun dua ni..macam tahu-tahu je aku sedang bertungkus-lumus-mulus-kudus mencari kerja lain*

baik.. cukup dengan cerita ketidakpuasanhati aku terhadap kerja yang entahapapa dan sangatlah takde life dan masa untuk diri sendiri,keluarga, dia-dia,BFF,kawan-kawan dan mereka-mereka yang berkenaan dalam hidupku.. *oopss terpanjang pula,maaf ye kawan-kawan*

okay, untuk menceritakan semula detik-detik indah sepanjang tahun 2010, mungkin terlalu banyak rasanya untuk diceritakan semua..sebagai ringkasan, di bawah ni aku tuliskan serba sedikit ye:-

- aku berjaya juga berhenti daripada Isyoda setelah setahun lebih merana kerja 24/7..sehinggakan family dan rakan-rakan selalu komplen aku ni busy kalahkan PM dan teramat sangatlah susahnya untuk berjumpa...

- aku dapat bercuti bersama kesayangans zaman sekolah teknik dulu,On7 gals *dilla,sara,ayin.zila,farah..murni tak dapat join sebab beliau tidak dapat cuti waktu itu* di Pulau Redang selama 4 hari 3 malam.. sangatlah best ye dapat berkumpul dan spend time sama-sama setelah bertahun-tahun habis sekolah... really enjoy and heart that moment...

- aku berjaya mendapatkan kerja baru di Infracab.. *ermmmmm...erk??*

- aku dapat banyak ilmu dan pengalaman bekerja..yang mana selama ni aku rasa mcm blur je tak tahu apa-apa pun... sekarang ni boleh kata susah lar orang nak tipu aku kot.. *cewah..masuk lif tekan sendiri pula tiba-tiba*

- aku mendapat kasih sayang dari dia-dia yang tidak berbelah bahagi dan sentiasa ada di samping aku tak kira sewaktu aku susah atau senang atau gumbira atau sedih atau.... etc...

- aku dapat meluangkan masa bersama famili terchenta serta anak-anak buah yang sentiasa mnghiburkan dan sangat sangat sangat aku sayangi...

- akhir sekali *untuk entri ni je..sebenarnya banyak lagi*, di hujung tahun ni, di kala ibu sudah tidak bekerja lagi, aku dapat menghabiskan masa berdua dengan ibu sewaktu terpaksa bekerja di Taiping dan Ipoh *selepas ni Perlis pulak..duhh!* walaupun lama dan sudah jauh terlebih lama dari plan asal ibu tetap sanggup menemani aku ke hulu hilir tanpa merungut sebab risaukan aku bekerja yang tak tentu tempat dan masa.. wlaupun sebenarnya ibu hanya nak ikut sebab nak berjalan-jalan dan bercuti kononnya.. love you ibu!!~

hmm...kalau detik-detik takde gula dan garam pula:_

- balik je dari Pulau Redang aku terpaksa MC 2 minggu disebabkan mengalami cirit birit yang agak kronik sampai lembik jugaklar...*sila refer entri lama*

- lepas meletakkan jawatan di Isyoda, sebulan lebih jugaklah aku menjadi penanam anggur berjaya.. sangatlah derita waktu tu.. hanya mereka-mereka yang pernah alami saat-saat itu je tahu macam mana rasanya...

- cerita-cerita ::jiwa.gila:: aku dan dia-dia... *walaupun bukan semuanya detik-detik kurang gula dan garam tapi, ada beberapa benda yang terjadi buatkan aku rasa itu bukan waktu indah*

- erm... tak ingatlah.. sebab detik-detik ini sangat tak suka untuk diingati.. so selalunya berusaha bersungguh-sungguh untuk melupakan terus dari lipatan memori..

TUTUP BUKU.end.

aku harap tahun 2011 memberi sirna baru dalam diri aku yang semakin dewasa dan matang.. walaupun sebenarnya tetap tak mahu mengaku umur dah lebih setahun dari suku abad...*eeeeww*

aku berharap aku berjaya membuat parents aku gembira dan dapat meluangkan masa bersama mereka sebanyak waktu yang mungkin bersama-sama anak-anak buah, kakak-kakak dan abang-abang..

aku berdoa supaya Allah sentiasa mempermudahkan segala urusanku sama ada hal-hal kerja, kehidupan,perasaan, emosi dan nurani...

aku juga berdoa supaya aku dimurahkan rezeki pada tahun ini.. semoga aku dapat mencari kerja yang lebih lebih lebih lebih lebih baik dari tempat aku bekerja sekarang...

akhir sekali, aku berdoa supaya diberi kekuatan dan ditetapkan hati aku dalam membuat sebarang keputusan yang akan mengubah hidup aku 480 darjah di masa akan datang... so that aku tidak akan menyesal dan menoleh ke belakang semula..

last but not least,*okay..aku tahu tadi dah akhir..tapi suka hati akulah* aku harap berjaya untuk kuruskan badan.. *tehehehe*

InsyaAllah...

BUKU BARU.begin.

No comments:

Post a Comment