pernah dengar pepatah 'kita takkan menghargai sesuatu jika kita tidak kehilangannya'..? sedar tak manusia memang telah disifatkan sebegitu sejak azali lagi.. contohnya sewaktu bercinta.. kita bercinta bagai nak rak *macam yang orang selalu kata*, keluar dating berdua, makan sama-sama, tengok wayang sama-sama, berbincang dan memberi idea sama-sama, dan macam- macam lagi bersama-sama.. walaupun kita selalu mengucapkan sayang pada dia dan selalu berfikiran bahawa kita sentiasa ingatkan pada dia, tetapi sebenarnya kita acap kali terlupa tentang kebaikan dan jasa yang dia telah lakukan pada kita secara tidak langsung *yang kita tak perasan selalunya*.. seperti dia sentiasa memberi peluang pada kita untuk bersetuju dengan pendapat kita yang kadang kala dia sebenarnya tidak sependapat dengan kita, dia sentiasa mengutamakan kita dalam membuat keputusan tempat makan yang mahu kita pergi,movie apa yang kita mahu tengok,tolong ambil barang yang tertinggal di dalam kereta walaupun parking sangat jauh,temankan kita shopping dalam shopping complex yang telah 10 kali tawaf tetapi tak beli apa-apa pun dan mendengar keluhan kita tentang tempat kerja yang tak best walaupun dia tak faham kerja kita macam mana..
sedar tak itu semua kawan-kawan? *jarangkan kita sedar.. jangan tipulah,memang sangat jaranglar korang nak sedar* disebabkan ketidaksedaran itu, kita selalu mengambil hati *yang mana tak patut langsung* dengan perkara remeh yang dia lakukan yang kita tak sukai..*berapa banyak yang daaa* contohnya seperti dia tidak call kita sebelum tidur *yang dah jadi rutin sejak bercinta,padahal sekali sekala je dia tak call sebab tertidur*,dia tak reply text message kita sebab tak perasan mesej masuk, dia ingin keluar bersama kawan-kawannya *sebab nak tengok bola je punn*..
sedarlah wahai kaum hawa bahawa adam itu sentiasa mengutamakan kamu dalam apa jua pun.. cuma manusia itu tidak sempurna.. maka adam itu ada kalanya terkhilaf dalam menjalankan kewajipannya terhadap kamu sebagaimana kekhilafan kamu yang lebih melupakan kebaikan dia.. dan sedarlah hawa yang adam itu punya tanggungjawab yang jauh lebih berat dari kamu..yakni menanggung dosanya, kewajipan pada keluarganya dan tanggungjawab untuk memberikan kamu kesenangan dan kemudahan di dunia mahupun di akhirat jua..
justeru, janganlah kita dengan sewenang-wenangnya membuat andaian dan berusahalah untuk menjadi penyejuk dan penenang pada jiwa mereka.. sesungguhnya nabi jua pernah bersabda; "secantik-cantik wanita adalah yang tahu menjaga malunya,iaitu perhiasan duniawi"..
kepada semua hawa, sedarlah.. sedarlah bahawa kita dijadikan adalah sebagai penenang jiwa, bukannya penyiksa jiwa untuk mereka yang bergelar adam...
maafkan saya sekiranya anda dapati entri ini macam mengarut..




yes babe. i guess kita memang selalu merungut pasal hal2 kenapa the bf macam acuh tak acuh. i guess that happens to most of us. kita rasa unsecure bila the bf asyik sibuk memanjang and macam masa 24jam sehari tu tak cukup untuk dioarng spare at least some minutes for us. but then again, its in their blood kot. biasalah mas awal2 mengorat je rajin nak call everyday, rajin nak sms setiap masa, rajin nak berdating selalu but later on we just have to accept yang dorang ada perkara2 penting selain dari asyik nak berkepit/ kisahkan hal the gf. lagi2 working women like us.
ReplyDeletebila saya sibuk, awak tak sibuk. bila saya tak sibuk, awak pulak yang sibuk. siapakah yang menjadikan jodoh ini complicated? -- quoted Yelena Nguyen Ramli
btol..btol..btol..
ReplyDelete