Wednesday, December 15, 2010

::Y.A.K.I.N::

Salam...

Hari ini aku ingin memberitahu sesuatu berkaitan dengan tawaran pekerjaan yang aku dapat dari Hicom Builders Sdn Bhd...

Ya, aku telah menghadiri temuduga kedua dengan pihak syarikat terbabit.. Ya, aku merasa tawaran yang ditawarkan sangat baik.. Memenuhi kehendak dan kriteria yang aku perlukan selama ini:

a- Gaji yang lebih besar..
b- Faedah syarikat yang lebih baik ( Medical, Annual Leave, Allowances, Insurance etc)..
c- Skop kerja yang aku minati...
d- Suasana kerja yang aku gemari (ya, aku seorang yang boleh dikatakan workaholic)..
e- Ilmu yang terlalu banyak bakal aku pelajari..
f- Latar belakang pekerjaan yang baik sekiranya aku mahu menukar tempat kerja lagi di masa akan datang..
g- Syarikat yang lebih besar, yang lebih terjamin..
h- Aku tidak terlibat secara langsung di dalam proses penipuan syarikat dalam mengaut keuntungan..

Nampak seperti inilah yang aku cari selama ini... Sayang betul nak lepaskan tawaran yang aku rasakan hebat di zaman sekarang.. (memandangkan keadaan sekarang yang agar sukar mencari pekerjaan)..

Namun...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku tidak berdaya untuk menerima tawaran tersebut.. Kenapa??
Ini adalah sebab-sebabnya:

a- Aku akan menetap jauh dari orang tuaku iaitu di Pekan, Pahang..
b- Aku akan berjauhan juga dengan kakak-kakak, abang-abang dan yang paling penting sekali aku akan terlepas proses tumbesaran anak-anak buah kesayanganku..
c- Aku akan berjauhan dengan kawan-kawan rapat yang sentiasa memberi sokongan..
d- Aku akan berjauhan dengan Si Dia.. ( tak kira siapa pun)
e- Aku akan sukar untuk menghadiri majlis-majlis keraian..
f- Aku akan tinggal bersama orang-orang yang aku tidak kenali.. (bos pulak tu)
g- Aku tidak mahu menjadi pemastautin di negeri orang lagi.. (setelah bertahun-tahun merantau.. *cewah*)
h- Aku akan merasa risau dengan keadaan Ibu yang akan rasa sunyi di rumah...(selama ni aku yang membawa Ibu kemana-mana tanpa mengharapkan kakak dan abang)
i- Aku mungkin menjadi seperti dulu (masa kerja dengan Isyoda).. tiada masa untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan..
j- Aku risau sekiranya apa-apa terjadi di sini, aku tidak dapat bersama-sama dengan keluargaku..
k- Aku dapat merasakan Ibu seperti berat hati untuk biarkan aku pergi bekerja di tempat yang jauh dari beliau..
l- Aku mahu mengambil kesempatan masa yang ada sekarang untuk menjaga kedua orang tuaku sementara mereka masih ada dan sementara aku masih tidak berkomitmen dengan sesiapa... (kalau dah kahwin, tanggungjawab dah beralih pada suami pulak)

*mungkin ada sebab-sebab lain yang tidak dapat dinyatakan di sini*

maka, aku rasa aku yakin untuk mengambil keputusan untuk menolak tawaran itu... Walaupun peluang dari syarikat kukuh itu hanya datang sekali dalam seumur hidupku.. tetapi aku yakin..

Aku yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana... Aku yakin bahawa keputusanku untuk menjaga ayah dan ibu di usia emas mereka bukan penghalang untuk aku maju dan berjaya... Aku yakin keputusanku untuk tidak berjauhan dengan keluarga adalah keputusan terbaik buat masa ini... Aku yakin Allah akan memurahkan rezekiNya terhadapku sekiranya niatku benar-benar ikhlas untuk menjaga kedua orang tuaku.. Aku yakin ini bukan satu-satunya tawaran terbaik yang aku dapat, aku akan mendapat tawaran yg sama baik atau lebih baik dari tawaran ini di masa akan datang...dan yang paling penting,

Aku yakin Allah sedang memberi peluang untukku menjaga dan membalas jasa kedua orang tuaku yang telah melahirkan dan membesarkanku selama ini sementara aku masih belum berumahtangga... Yang mana mungkin sekiranya aku telah berkahwin, aku mungkin tidak dapat menjaga mereka seperti sekarang...

Makanya, AKU YAKIN... Allah akan memberi jalan lain yang lebih baik dari ini di masa akan datang.. Sesuatu yang terjadi itu ada hikmahNya.. Mana tahu ada sesuatu yang lebih besar dan baik untukku nanti.. *InsyaAllah*

Aku hanya perlu berusaha lagi untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik.. bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk ibu dan ayah serta keluarga... Aminn...





No comments:

Post a Comment