Saturday, December 25, 2010

::Lawatan Puan Lydia & En. Wira::

kebetulan masa aku di Taiping ni, kawan baik aku Puan Lydia datang singgah rumah bersama suaminya, mak dan adik dia.. happy sangat sebab dah lama juga tak ketemu dia.. boleh kata sejak dia kahwin lar juga... nampak dia macam sama je.. tiada perubahan pun.. masih lagi seperti Lydia yang aku kenali sejak beberapa tahun lepas...

seronok tengok dia dah bahagia sekarang.. boleh pergi jalan-jalan dengan inchek suami terchenta dan famili... *rasa jealous pun ada jugak* beruntung dia dah berjumpa dengan jodoh yang ditetapkan Tuhan..

bila sembang-sembang tu, biasalah soalan-soalan cepumas memang biasa akan diutarakan.. namun jawapan cliche' seperti biasa.. 'nak enjoy dulu'.. walaupun dalam hati ada sikit rasa terkilan... ye lah, orang lain bercinta setahun dua je dah terus berkahwin.. paling tidak pun bertunang.. tapi aku?? *hmmmm*

memang orang akan kata itu ketentuan masing-masing.. tapi nak buat macam mana.. bersabar jelah.. bukanlah aku ni dah desperate sangat nak kahwin.. cuma kadang-kadang ada ketikanya terasa juga bila orang sekeliling asyik bertanya.. tapi sekali lagi apalah yang mampu aku buat.. tiada yang betul betul betul betul serius.. *4 kali serius tau* lagipun mana pula nak cari duit untuk kahwin di kala aku pun masih bekerja tidak tentu tempat.. *asyik nak tukar kerja je*

apa-apa pun, hidup tetap diteruskan seperti biasa.. walau apa yang datang, aku hadapi dengan tabah dan sebaik mungkin.. dan aku percaya, Tuhan telah tetapkan hala tuju yang terbaik untuk hidupku..

so, buat masa sekarang ni

SAYA MAHU KURUSKAN BADAN!!

hehehehe...

No comments:

Post a Comment