Di hari tahun baru semalam, aku berada di Taiping bersama collegue untuk melihat-lihat site di sana.. sambil tu boleh lar berjalan-jalan dan pulang ke kampung.. *huhuhu* tetapi MALANG sekali, aku mengalami sakit perut + cirit birit + muntah-muntah... sangatlah sedey ye kawan-kawan.. balik ke KL pun colleague yang memandu.. aku pula hanya menghabiskan masa dengan tidur aje... lagi pun itu memang dh kereta dia.. *ngeee*
sebenarnya motif utama post ini ditulis adalah untuk memberitahu suatu berita... *cewah,macam skema je* minggu lepas aku telah mendapat tawaran bekerja di Hicom Builders Sdn Bhd *ala,company yg sedang hangat di pasaran sekarang tu* sebagai QAQC Engineer.. Temuduga yang aku hadiri berlangsung dengan cemerlang *mestilar cemerlang,kalau tak macam mana boleh dpt kerja tu kan*.. Mereka mahukan aku mula bekerja dengan mereka secepat yang mungkin.. kalau boleh notis 24jam.. tetapi aku telah pun memberitahu bahawa notis aku dengan company sekarang adalah sebulan.. mereka tetap insist aku untuk berkhidmat bersama mereka secepat mungkin.. paling lambat pun dalam masa 2 minggu.. jadi, aku memberitahu mereka nanti aku akan berbincang dengan bos aku..
Maka 2 3 hari pun berlalu.. aku telah pun memberitahu ibu dan ayah tentang tawaran kerja tersebut.. *tentang bila mereka mahu aku bekerja dengan mereka,tentang kemungkinan aku perlu berhijrah luar dari KL (mungkin Pekan @ Langkawi @ Tanjung Malim) untuk menguruskan projek* Ayah seperti biasa akan mengeluarkan ayat standard beliau "ikut awaklar, kalau nak pengalaman sementara belum ada komitmen ni pergi je lah".. Namun ibu tidak memberikan respon yang paling baik.. ayat beliau "haa awak fikir elok-elok tu.. nanti mana nak duduk.. nak bayar bil lagi.. jauh lagi.." lalu hati aku pun terus terdetik.."nie confirm ibu tak kasi pergi nie".. dan detikkan hatiku turut disuarakan Mak Uda (adik ipar ibu) yang sama... *dangg* maknanya aku memang macam x boleh pergi lar kan.. :(
So sekarang ni aku sedang berserah sahaja... sehinggalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ini- 9 Dec 2010...
Pagi tadi sedang enak dibuai tidur di pagi yang dingin *cewah* aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari nombor yang aku rasa macan kenal tapi tak berapa kenal... rupa-rupanya panggilan dari syarikat yang telah interviewed aku sebelum ni.. mereka meminta aku datang sekali lagi untuk temuduga kali kedua pada esok hari.. kesempatan itu aku gunakan untuk menanyakan tentang kebarangkalian aku sama ada perlu bermastautin atau hanya berada di HQ sahaja. dan jawapan yang aku dapat sungguh positif.. aku mungkin hanya akan bekerja di HQ sahaja..namun sekali sekala mungkin akan turun ke tapak projek... *fuhhh legaa* Alhamdulillah.. mungkin ini rezeki dari Tuhan yang mahukan aku terus menjaga kedua orang tua ku..
Harap-harap temuduga pada esok hari akan dipermudahkan.. Aminn




insyaAllah, you'll do good :)
ReplyDelete