assalamualaikum..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..
Alangkah pilunya hati ni..
Nak bercerita pun rasa sedih teramat..
Tak pernah sangka akan berdepan dengan masalah macam ni dalam keluarga sendiri..
Dan tak pernah sangka orang yang buat macam tu bukanlah aku..
Yelah,
Looking back to the old days,
Aku bukanlah anak yang paling bijak apatah lagi paling baik..
Memang dari kecil aku yang paling bermasalah..
Dan sebab itu aku yang selalu kena marah..
Setakat dipukul, dirotan, makan penampar tu perkara biasa,,,
Tapi Alhamdulillah..
Syukur setelah beberapa tahun memerhati manusia sekeliling,
Mungkin berkat doa ibu ayah,
Mungkin juga ilmu-ilmu yang dipelajari secara tak langsung,
Mungkin juga kerana punya suami yang selalu beri input yang positif,
maka aku kini jadi manusia..
Tatkala aku masih lagi belajar menjadi manusia,
aku diduga..
Diuji kesabaran dengan ahli keluarga sendiri..
Nak-nak lagi benda berkaitan ibu dan ayah sendiri..
Kesabaran aku sedari dari kecil, bukanlah setebal konkrit..
Sahabat-sahabat yang betul-ketul kenali aku memang sangat tahu sabar aku di paras mana,..
Dan bila melibatkan darah daging sendiri,
Aku jadi tersepit..
Aku pendam apa yang aku rasa..
Bila aku cuba selesaikan dengan cara baik,
Pihak sana seolah tak mahu mengalah..
Dan kesan dari itu,
Aku pula dipersalah..
Malah dituduh tak memahami HANYA kerana aku tak punya apa yang dia ada..
Aku tak kisah..
Bertekak macam mana pun,
Keutamaan aku adalah ibu ayah..
Sebab itu sahaja harta dunia akhirat yang aku ada..
Aku minta Tuhan kurniakan aku hati yang kekal sabar,
Fikiran yang sentiasa waras,
Dijauhkan dari godaan iblis dan syaitan,
Tubuh badan yang sihat,
Dan tingkatkan sifat-sifat yang elok dalam diri.
Semoga beroleh penyelesaian.
Amin.. Allahumma amin.




No comments:
Post a Comment