Monday, October 26, 2015

::kata.rawak.28::

semua anak perempuan akan ada satu perasaan bila dah berkahwin..
tak kira perasaan tu kecil atau besar..

iaitu.
rasa ingin berbakti pada kedua ibu bapa sebaik mungkin.

ya, semua orang tahu..
perempuan bila sudah berkahwin wajib patuh pada suami..
malah dalam islam sendiri keluarga suami lebih utama daripada keluarga si isteri..

biar pun kita tahu bahawa kita ada adik beradik lelaki yang lain..
yang lebih wajib menjaga ibu bapa kita,..
tapi sebolehnya kita juga tak mahu kurang beri perhatian pada ibu bapa kita..

di sini pendekatan suami untuk mendidik isteri dalam mengimbangi bersama tanggungjawab pada ibu bapanya amatlah penting..
berat sebelah, maka pincanglah salah satu hubungan.,
tak mustahil keduanya sekali..

maka point aku kat sini adalah,
suami jadilah suami yang pandai memujuk isteri dalam pada taat pada ibu bapa..
isteri jadilah seorang yang memahami pada tanggungjawab suami sebagaimana kita mahu membela ibu bapa kita..
ibu bapa jadilah orang tua yang bertimbang rasa pada anak-anak..kerana kita juga punya perasaan yang sama pada ibu bapa kita..

sesungguhnya dunia ini berputar..
segalanya yang terjadi dulu, akan terjadi semula sama ada sekarang atau pun akan datang..




No comments:

Post a Comment