Allahumma solli 'ala Muhammad.
AKHIR ZAMAN: BAGAIMANA TERTUBUHNYA NEGARA ARAB SAUDI
Sebelum tahun 1902, kawasan negara Arab Saudi digelar sbagai Semenanjung Arab. Kawasan ini meliputi sehingga ke sempadan Jordan, Iraq, Qatar, Bahrain, Yaman dan Kuwait.
Ketika itu pntadbiran Smenanjung Arab keseluruhannya di bwh kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah yg berpengkalan di Instanbul, Turki dan pusat pntadbiran lain ialah di Kaherah dan Baghdad.
Kita berbalik pada tahun 1740-an bagi melihat dgn jelas bagaimana negara Arab Saudi boleh muncul?
Pada waktu itu, pemerintahan Turki Uthmaniyah sgt luas sehingga meliputi keseluruhan Laut Merah. Namun ada sesetengah kawasan jajahan telah membuat pemberontakan utk keluar dari pengaruh penjajahan Uthmaniyah. Salah satu kawasan yg memberontak dan akhirnya memerintah seluruh Semenanjung Arab ialah daerah Ad-Diriyah yg terletak berhampiran Royadh.
Ad-Diriyah ktika itu diperintah oleh seorang Gabenor dari suku Yahudi bernama Muhammad bin Saud atau lebih dikenali sbgai Ibn Saud.(meninggal pada 1765). kawasannya tertakluk di bwh pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yg bercawangan di Kaherah,Mesir.
Pada 1749, Ibn Saud telah dicadangkan oleh agen British utk menjemput pengasas fahaman Wahabi iaitu Muhammad bin Abd Wahab (Ibn Wahab) utk tinggal di Ad-Diriyah. Melalui pertemuan kedua org tersebut, Rothschild mengatur strategi merancang pemberontakan membebaskan Ad-Diriyah dari cengkaman Uthmaniyah pada 1744.
Pemberontakan itu berjaya, Ad-Diriyah mnjadi negara pertama bagi pemerintahan Ibn Saud manakala Ibn Wahab diberi autoriti utk melancarkan fahaman Wahabinya dgn meluas.
Selain itu, Ibn Saud telah mengahwinkan anaknya, Abd Aziz dgn anak perempuan kpd Ibn Wahab.
Apabila Ibn Saud meninggal dunia pada 1765, Abd Aziz ambil alih tampuk pemerintahan Ad-Diriyah sehingga 1803. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mnjadikan fahaman Wahabi sbgai sandaran utama pemerintahan dan memusnahkan makam Saidina Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain (anak Saidina Ali) atas alasan bidaah.
Abd Aziz mangkat pada 1803 dan kemangkatan beliau diganti oleh anaknya Saud bin Abd Aziz sehingga tahun 1814 dan kemudiannya diganti oleh anak Saud iaitu Abdullah bin Saud.
Pada 1818. tentera Khalifah Turki Uthmaniyah bersama pasukan tentera dari Mesir telah menyerang dan merampas Ad-Diriyah dari Abdullah. Beliau dan beberapa pemimpin Ad-Diriyah telah dipenjarakan di Turki dan sebahagiannya di Mesir.
-sumber facebook Neil Armslayer-




No comments:
Post a Comment