Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..
Kebelakangan ni banyak isu yang terlintas dalam kepala..
Dan antara yang paling selalu adalah isu zuriat..
Tapi setelah beberapa lama,
Aku rasa telah mencapai pada beberapa pendapat..
Yang rasanya boleh diguna pakai untuk semua orang..
"Lambat kahwin takpe, Allah bagi peluang jaga ibu bapa"
"Lambat dapat anak takpe, Allah bagi peluang jaga ibu bapa dan suami"
"Lambat tambah anak takpe, Allah bagi peluang jaga ibu bapa, suami dan anak yang ada"
Kesimpulannya,
Kita ni nak sedih-sedih buat apa, Allah sebenarnya bagi peluang untuk tambah pahala..
dengan BERBAKTI PADA IBU BAPA..
Kan Nabi Muhammad ﷺ dah bersabda,
"Jihad yang paling besar itu menjaga kedua ibu bapa"
waima dalam satu hadis..
pernah seorang pemuda yang minta untuk pergi berperang bersama Nabi ﷺ,
baginda bertanyakan sekiranya pemuda itu masih punya ibu bapa atau tidak..
Dan pemuda itu menjawab ya..
Lalu baginda menyuruh pemuda itu balik dan menjaga kedua orang tuanya..
haaa kan jelas dan nyata tu..
maka janganlah bersedih..
Pahala apa lagi yang lebih besar daripada berjihad..??
mungkin ada yang akan kata ini semua adalah kata-kata alter-ego aku..
tapi rasanya aku bersyukur belum dikurniakan zuriat..
bukan tak mahu, tapi bersyukur dengan apa yang ditentukan sekarang..
sebab apa..?
sebab aku takut dengan dunia hari ni..
terlalu banyak mudarat.. terlalu banyak keganasan.. terlalu banyak kezaliman..
aku takut aku tak mampu didik anak-anak aku untuk lawan keduniaan..
aku takut aku tak mampu nak tanggung dosa yang aku buat pada anak-anak aku..
oleh itu,
sekarang ni aku bersyukur..
dengan apa yang ada..
dan di sebalik rasa syukur ini,
Allah sedang mengajar aku erti kesabaran.
salam jumaat.
25 Rejab 1436




T_T
ReplyDeleteAku pun rungsing...nak besarkan anak-anak dengan cabaran sekarang. Ilmu masih nipis.
tu lar wanie.. ilmu kita ni kalau di nak dikira sebuti buih kat laut pn belum tentu lg.. insyaaAllah, kita sama-sama belajar.. =)
Delete