Tuesday, September 29, 2015

::kata.rawak.23::

Semalam dalam pada berjela-jela bersembang di group Whatsap,
salah seorang kawan baik bertanya tentang update blog..

tiba-tiba baru terlintas dalam kepala yang blog ni dah lama bersawang..
selayaknya mungkin ala peti harta karun yang tertanam di dalam lapisan kedua bumi.. (metafora terlampau)

sejujurnya, kesibukan kerja dan pengisian kehidupan harian agak padat..
nak kata mengurus suami sangat pun, tidak juga..
entah apa tah yang disibukkan bila difikirkan semula..

mungkin menginjak usia ke pangkal 3,
buatkan aku lebih banyak mengisi masa dengan perkara yang lebih membawa manfaat.. 
seperti facebook, instagram, main game, baca blog, layan youtube.. tehehehe~
banyak layan tv series pun iya juga.. huhuhuhu..

cumanya recently, jiwa ni ibarat tertarik-tarik ke arah satu ilmu yang dah lama aku tahu serba sedikit tapi aku buat-buat tak tahu atau pun memang sengaja tak nak ambil tahu..

kadang-kadang aku tak cari pun, 
tapi kerap kali sewaktu melayan bosan di ofis atau kt rumah mesti akan terjumpa atau terklik (tercari pun ada juga) benda-benda berkaitan ilmu itu..

dan selalunya sumber rujukan aku pastinya inchek suami yang lebih arif dari aku..
takpun ayah.. paling kurang pun akan research sendiri..

entahlah..
kebelakangan ni, kesedaran tu ibarat datang sikit demi sikit..
dan jiwa ni ibarat tercari-cari..

mudah-mudahan aku tidak separuh jalan.
bi iznillah.



Friday, May 15, 2015

::kata.rawak.22::

assalamualaikum..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

Kebelakangan ni banyak isu yang terlintas dalam kepala..
Dan antara yang paling selalu adalah isu zuriat..

Tapi setelah beberapa lama,
Aku rasa telah mencapai pada beberapa pendapat..
Yang rasanya boleh diguna pakai untuk semua orang..

"Lambat kahwin takpe, Allah bagi peluang jaga ibu bapa"
"Lambat dapat anak takpe, Allah bagi peluang jaga ibu bapa dan suami"
"Lambat tambah anak takpe, Allah bagi peluang jaga ibu bapa, suami dan anak yang ada"

Kesimpulannya,
Kita ni nak sedih-sedih buat apa, Allah sebenarnya bagi peluang untuk tambah pahala..
dengan BERBAKTI PADA IBU BAPA..

Kan Nabi Muhammad ﷺ dah bersabda, 
"Jihad yang paling besar itu menjaga kedua ibu bapa"

waima dalam satu hadis..
pernah seorang pemuda yang minta untuk pergi berperang bersama Nabi ﷺ,
baginda bertanyakan sekiranya pemuda itu masih punya ibu bapa atau tidak..
Dan pemuda itu menjawab ya..
Lalu baginda menyuruh pemuda itu balik dan menjaga kedua orang tuanya..

haaa kan jelas dan nyata tu.. 

maka janganlah bersedih..
Pahala apa lagi yang lebih besar daripada berjihad..??

mungkin ada yang akan kata ini semua adalah kata-kata alter-ego aku..
tapi rasanya aku bersyukur belum dikurniakan zuriat..

bukan tak mahu, tapi bersyukur dengan apa yang ditentukan sekarang..

sebab apa..?
sebab aku takut dengan dunia hari ni..
terlalu banyak mudarat.. terlalu banyak keganasan.. terlalu banyak kezaliman..

aku takut aku tak mampu didik anak-anak aku untuk lawan keduniaan..
aku takut aku tak mampu nak tanggung dosa yang aku buat pada anak-anak aku..

oleh itu,
sekarang ni aku bersyukur..
dengan apa yang ada..

dan di sebalik rasa syukur ini,
Allah sedang mengajar aku erti kesabaran.


salam jumaat.
25 Rejab 1436