Saturday, December 25, 2010

::Lawatan Puan Lydia & En. Wira::

kebetulan masa aku di Taiping ni, kawan baik aku Puan Lydia datang singgah rumah bersama suaminya, mak dan adik dia.. happy sangat sebab dah lama juga tak ketemu dia.. boleh kata sejak dia kahwin lar juga... nampak dia macam sama je.. tiada perubahan pun.. masih lagi seperti Lydia yang aku kenali sejak beberapa tahun lepas...

seronok tengok dia dah bahagia sekarang.. boleh pergi jalan-jalan dengan inchek suami terchenta dan famili... *rasa jealous pun ada jugak* beruntung dia dah berjumpa dengan jodoh yang ditetapkan Tuhan..

bila sembang-sembang tu, biasalah soalan-soalan cepumas memang biasa akan diutarakan.. namun jawapan cliche' seperti biasa.. 'nak enjoy dulu'.. walaupun dalam hati ada sikit rasa terkilan... ye lah, orang lain bercinta setahun dua je dah terus berkahwin.. paling tidak pun bertunang.. tapi aku?? *hmmmm*

memang orang akan kata itu ketentuan masing-masing.. tapi nak buat macam mana.. bersabar jelah.. bukanlah aku ni dah desperate sangat nak kahwin.. cuma kadang-kadang ada ketikanya terasa juga bila orang sekeliling asyik bertanya.. tapi sekali lagi apalah yang mampu aku buat.. tiada yang betul betul betul betul serius.. *4 kali serius tau* lagipun mana pula nak cari duit untuk kahwin di kala aku pun masih bekerja tidak tentu tempat.. *asyik nak tukar kerja je*

apa-apa pun, hidup tetap diteruskan seperti biasa.. walau apa yang datang, aku hadapi dengan tabah dan sebaik mungkin.. dan aku percaya, Tuhan telah tetapkan hala tuju yang terbaik untuk hidupku..

so, buat masa sekarang ni

SAYA MAHU KURUSKAN BADAN!!

hehehehe...

::merry X'mas::

salam to all..

walaupun aku tak sambut Krismas, tapi disebabkan aku duduk di bumi Malaysia terchenta ni maka aku wajar mengucapkan ucapan itu kepada semua warga negara Malaysia yang menyambut perayaan ini.. *wah, nape macam patriotik je pulak nih* huhuhu..

sebenarnya, takde apa pun yang aku nk update kali ni.. cuma aku mahu berkongsi tentang antara detik-detik lawak bersama ibu ketika kami menghantar kain untuk ditempah di Wai Lan, Taiping ni..

sewaktu aunty Wai Lan mengukur ibu:

aunty:: last time you ada datang kan? macam tu tak payah ukur lagi lar.. pakai lama punya..

ibu:: takpelah, ukur je balik.. rasa macam ada sikit gemuk lar... hehhe..

aunty:: okay-okay.. no problem..

aku:: ukur aunty jangan tak ukur.. mana tahu mak saya sekarang sudah duduk rumah sudah naik dia punya badan.. hehhehe *konon-konon nak kenakan ibu lar tu*

sampai giliran aku...

aunty:: you dulu pun ada datang kan..

aku:: a'ah... tapi sudah lama lar aunty.. sudah 2 tahun kalau tak silap saya..

aunty:: takpe, badan you sama saja.. cuma tinggi sikitlah saya rasa...

aku:: ye ke aunty?? *senyum sampai telinga*

aunty pun ukur sampai kat pinggang dan punggung...

aunty:: tapi ar, i rasa you punya ukuran dekat sini ada dekat-dekat sama you punya mak juga...

aku:: aiyak! ya ke aunty.. alamak ni kena bagi kurus ni... *stress terus*

ibu:: haaa... tu lar, kata ibu je.. kau pun sama.. kat umah asyik tidur je... *sambil gelak*

aku:: yelah-yelah... lepas ni bagu kurus lah... aunty, bagi ukur kasi kecik sket ekk... *dengan penuh confident*

hehhehe...

jadi, mulai sekarang aku berazam untuk menguruskan badan.. huhuhuhu! *walaupun tiap-tiap tahun dengan azam yang sama*

yeay.. kawan-kawan sila bagi support ye...

kepada Dia-dia yang disayangi, sila jangan lemahkan semangat saya dan jangan bawak saya makan di tempat sedap-sedap lagi ok... *tapi kalau tempat best gila, saya takkan tolak..huhuhuhu!~*

aja aja fighting!~

*mood:: semangat untuk kurus*