Wednesday, September 30, 2015

::Yang Akhir Bermula.Yang Mula Bila Berakhir.2::

Bismillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Aku rasa kalau aku sebut ilmu escathology, tak ramai yang faham benda tu..
Tapi kalau aku sebut ilmu fitnah mungkin ada ramai jugak yang tahu..
Lagi ramai orang tahu bila sebut teori konspirasi..

Tapi kat sini bukanlah isu teori konspirasi yang aku nak bincangkan..
Aku tak mahir.. malah ilmu masih suku daripada sebutir buih di lautan..
Apa yang aku baca, aku dengar dan aku belajar, aku sendiri tak tahu macam mana nak sampaikan pada orang..

Tujuan utama aku buat sub-topik tentang isu ini adalah sebagai peringatan untuk aku sebenarnya..
Dan harap-harap TERtempias pada korang yang baca..

Aku mahu sub-topik ni menjadi 'port' untuk aku beringat..
Maka aku akan sentiasa peka dengan isu semasa.. 
Mungkin juga akan ada sedutan ceramah, gambar atau apa-apa yang aku rasa sesuai untuk aku letakkan kat sini..

Akan ada juga sampai satu masa nanti yang korang akan rasa confuse kenapa aku pilih bahan itu untuk diletak disini..
Jangan risau, kalau korang rasa pelik atau tertanya-tanya korang boleh komen dan tanya..
Mungkin dengan cara itu aku boleh share apa yang aku tahu atau pun tak tahu..
Kita sama-sama belajar..

Dengan ilmu aku yang sedikit ni, izinkan aku ulangkaji dan notakan disini..

Kita sekarang hidup di dalam kehidupan fasa ke-4 daripada 5 fasa..




Hari ni aku dapat satu gambar dari suami..



Sabda Rasulullah s.a.w, yg bermaksud :
"Harta umatku yg paling berharga di Akhir Zaman adalah seekor kambing.."

Satu gambar dan disertakan sabda yang buatkan aku berfikir panjang....

No comments:

Post a Comment