Thursday, October 8, 2015

::kata rawak.26::

hari ni dapat satu pelajaran baru..
daripada instagram dr.afl..
berkaitan dengan doa isteri..

selalu kita dengar yang redha suami/lelaki terletak pada redha ibunya sendiri..
tapi tak ramai yang tahu redha isteri juga tak kurang pentingnya..

sebab doa ibu dan isteri pada suaminya tiada hijab..

contohnya kalau suami nak mula buat bisnes,..
janganlah diperlekehkan macam 'alaa.. awak tu hangat-hangat taik ayam je..nanti tah kemana perginya'
tapi sebaliknya cuba cakap,
'yeke bang.. InsyaAllah berjaya nanti.. saya doakan semua dipermudahkan'
heaa..
InsyaAllah, kata-kata yang baik tu akan dikabulkan Allah sebagai doa untuk suami..
takkan Allah nak tolakkan..? =)

sama juga dengan satu posting (aku tak ingat baca kat mana)..
kisah suami yg bekerja dengan gaji rm1800/bulan.. 
dan isterinya pun bekerja dengan gaji dua kali ganda si suami..
tapi tiba-tiba Allah uji mereka dengan anak yang sakit agak teruk..
maka si isteri terpaksa berhenti kerja..

bayangkan bagaimana mereka nak hidup dengan hanya gaji suami,kan..?
sebab sebelum ni isteri yang banyak bantu suami dalam hal ekonomi rumahtangga..
tapi ternyata janji Allah itu pasti,
'berkahwinlah.. kerana ia pembuka rezeki'

entah macam mana selepas beberapa waktu membiasakan diri dengan menguruskan rumahtangga,
si suami rasa seperti lebih banyak pula duit gajinya..
walaupun sebenarnya gajinya tetap amount yang sama setiap bulan!
semua bil dan belanja rumah dia bayarkan.. 
malah dapat pula bawak isteri dan anak-anak bercuti dan makan sedap-sedap setiap minggu..
berbeza dulu bila mana isteri masih bekerja..
duit dirasakan sentiasa tidak cukup..
dan isteri janganlah lupa untuk sentiasa doakan suami setiap hari..
'ya Allah, permudahkanlah suamiku mencari nafkah untukku dan keluargaku.. sihatkanlah dia..
murahkanlah rezekinya ya Allah'

so, nampak tak keberkatan kat situ..?
bila mana suami sedar tanggungjawabnya lebih dari sekadar memberi apa yang patut..?
dan isteri betul-betul berbalik kepada fitrah..
'suami yang mencari nafkah untuk keluarga, isteri menjaga suami dan mendidik anak di rumah'

sesungguhnya Islam itu cantik dan indah.

alangkah baiknya jika kita semua berada di paksi yang sebenar.

InsyaAllah. 
Allahumma amin.

::Yang Akhir Bermula.Yang Mula Bila Berakhir.7::

Bismillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

AWAL PENUBUHAN NEGARA ARAB SAUDI
Selepas itu, keluarga Saud terus mlancarkan peperangan menentang tentera Khalifah selama 80 tahun lebih. Kejayaan hanya dicapai pada 1902 ktika Ad-Diriyah diperintah oleh Abd Aziz. Beliau bukan saja brjaya merampas Ad-Diriyah tetapi berjaya menawan bandar Riyadh sekaligus..
Atas kejayaannya itu, beliau diberi gelaran oleh keluarganya sbgai Ibn Saud sempena nama pengasas keturunan Saudi.
Bagi mengekalkan kawasan jajahanya agar tidak dirampas semula oleh tentera Khalifah Uthmaniyah, Ibn Saud (Abd Aziz) menjalinkan hubungan dgn kerajaan British malah beliau jadikan Smenanjung Arab sbgai negeri naungan kerajan British dari 1915-1926.
Sebelum kematiannya pada 1953, Ibn Saud telah jalinkan hubungan kerjasama dgn Amerika yg mana ketika itu telah pun sepenuhnya dikuasai oleh Rothschild.
Melalui hubungan tersebut.pelbagai perjanjian perdagangan dimeterai yg akhirnya memperlihatkan keluarga Saud menikmati timbunan kekayaan hasil royalti minyak Amerika.
Selepas brlakunya kerjasama itu, Rothschild telah menubuhkan bank negara utk Arab Saudi iaitu Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA). Malah syarikat2 minyak Rothchild seperti BP dan Royal Duthc Shell adalah syarikat diberi hak utk melombong minyak diserata negara Arab Saudi.
Ini membuktikan pemerintah Arab Saudi dikawal sepenuhnya oleh Rothschild dan dijadikan kambing hitam.
Penguasaan Rothschild terhadap bank pusat Arab Saudi dan pasaran minyak menjadikan negara tersebut terikat sepenuhnya dari segi dasar politik & ekonomi walau siapa pun yg memerintah..